Personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan anak lelakinya, Ashraf Roslan telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama gadis pilihan, Hilyati Hamdi pada Ahad.

Jelas Normala, dia berasa amat bersyukur kerana segala urusan pernikahan anaknya itu telah berjaya diselesaikan sehari sebelum kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan secara ‘total lockdown’.

“Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin Bersyukur “Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin Bersyukur

Katanya lagi, pada awalnya, anaknya dan pasangan hanya ingin ke pejabat agama untuk menghantar borang permohonan namun secara kebetulan mereka diminta untuk mengisi slot pernikahan pada jam 2 petang pada hari yang sama.

IKLAN

“Sederhana itu adalah sangat berkat dalam segala hal. Alhamdulillah selesai akad nikah @alamace21 @hilyati Mama mendoakan yang terbaik buat kalian.

“Kamu pasangan bertuah kata ustaz jurunikah, kerana hantar borang pagi ini melalui temujanji yang beberapa kali tertunda, tetiba ada kosong slot nikah jam 2 petang.

“Selepas ini tidak ada urusan nikah semasa Lockdown. Tunggu hingga diberitahu bila boleh. Bergegaslah balik bersiap, tak sempat semuanya beli on the spot, baju raya jadi baju pengantin,” tulisnya.

IKLAN

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie 1 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

“Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin Bersyukur “Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin Bersyukur

Dalam pada itu, Normala turut menambah, meskipun segala urusan pernikahan harus dijalankan secara tergesa-gesa namun dia tetap reda dengan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh yang maha Esa.

IKLAN

“Begitulah pengantin di musim pendamik ini, menerima seadanya tentang pasangan masing-masing yang penting redha dengan ketentuan Allah.

“Sebagai emak aku sujud syukur kerana yang wajib sudah didahulukan. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah.

“Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin Bersyukur “Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin Bersyukur “Hantar Borang Pagi, Ada Slot Jam 2 Petang,” – Anak Sempat Menikah Sebelum Lockdown, Normala Samsudin BersyukurSumber: Instagram Datin Seri Normala Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI