Categories: Berita Hiburan

Hanis Zalikha Cerita Rahsia Sukses Bina Empayar Bermula Sekadar Cuba-Cuba Dari Tudung Hingga Ke Pelbagai Segmen, Kini 10 Tahun Bertahan!

Share

Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha tidak menyangka percubaan awalnya bersama suami yang juga pelakon, Hairul Azreen dalam dunia perniagaan akhirnya membuahkan hasil apabila jenama Cakenis kini berjaya bertahan lebih sedekad.

Menurut Hanis, keputusan menceburi bidang perniagaan dibuat sejurus selepas mereka mendirikan rumah tangga dengan matlamat untuk menambah sumber pendapatan.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan, usaha yang bermula daripada keberanian mengambil risiko itu kini berkembang menjadi sebuah jenama yang semakin kukuh.

Malah sebelum terjun ke dunia lakonan dan pengacaraan, Hanis sudah pun mencuba berjinak-jinak dalam dunia bisnes dan komersial.

“Saya dan Hairul memang mengambil risiko bila menceburi dunia perniagaan. Kami hanya mencuba sahaja.

“Sewaktu awal perkahwinan dahulu, kami selalu berfikir tentang apa lagi yang harus kami buat untuk luaskan lagi sumber pendapatan.

“Hairul yang mulakan langkah ini dan saya teruskan usaha itu. Kini, jenama ini sudah bertahan sehingga 10 tahun. Jadi, jika bertanya tentang liku-liku pernigaan, ia ada macam-macam cabaran,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 jenama fesyennya, Cakenis

10 Tahun Bina Jenama, Cabaran Jadi Guru Terbaik

Hanis yang juga ibu kepada dua cahaya mata turut akui perjalanan sebagai usahawan banyak mengajar dirinya untuk mengenali kelemahan sendiri selain sentiasa berusaha memperbaiki setiap kekurangan demi memastikan perniagaan terus berkembang.

“Pada saya, perniagaan adalah satu bidang yang akan mendedahkan kelemahan kita. Jika kita tak pandai dalam bahagian pemasaran atau kewangan, kita akan tercabar. Setiap pemilik bisnes ada cabaran yang berbeza.

“Sebagai pemilik bisnes, saya sentiasa belajar. Jika kita buat perkara yang tidak sepatutnya, kita akan ubah pada masa hadapan. Walaupun perniagaan ini sudah 10 tahun, ada banyak lagi hal yang kami perlu belajar,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hanis meluahkan rasa syukur apabila perniagaan yang pada awalnya hanya memfokuskan kepada produk tudung kini berjaya berkembang ke pelbagai kategori lain hasil keberanian mengambil risiko yang telah diperhitungkan.

“Saya tak sangka kerana pada awalnya, kita mulakan bisnes dengan produk tudung. Ketika itu, ada banyak jenama tudung di pasaran.

“Bila kami memutuskan untuk meneruskan bisnes ini, jika kami hanya fokus pada tudung sahaja, saya hanya akan berada di dalam satu kelompok sahaja.

“Jadi, kami pilih untuk keluarkan produk lain juga seperti jumper, pakaian renang, pakaian sukan, segmen lelaki dan kanak-kanak. Jadi, dalam 10 tahun ini, kami memang ambil sahaja risiko.

“Namun, segala risiko itu sudah dipertimbangkan. Kami tiada pembiaya atau pelabur. Saya hanya berdua sahaja bersama suami. Apa saja bentuk ‘endorsement’ kami akan labur semula dalam syarikat,” kongsinya lagi.

Kisah Hanis Zalikha membuktikan bahawa kejayaan sesebuah perniagaan tidak bergantung kepada modal besar atau kehadiran pelabur semata-mata, sebaliknya dibina menerusi keberanian mengambil risiko, kesanggupan untuk terus belajar dan kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.

Bermula dengan satu produk sebelum mengembangkan jenama ke pelbagai segmen, perjalanan Cakenis selama 10 tahun boleh dijadikan inspirasi kepada para usahawan bahawa pertumbuhan yang mampan memerlukan kesabaran, disiplin serta kesediaan melaburkan semula keuntungan demi memastikan perniagaan terus berkembang dan kekal relevan.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/pulut-panggang-gamit-memori-hanis-zalikha-terkenang-waktu-mak-ayah-cari-rezeki-meniaga-tepi-jalan/

Iklan SeeNI Perkasa Komuniti SME Malaysia

Iklan SeeNI, sebuah inisiatif daripada Ideaktiv yang menghimpunkan komuniti SME (pemilik atau pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana) untuk sama-sama mempelajari cara meningkatkan jenama serta jualan melalui kuasa media.

Sebagai usaha sama antara Astro dan Karangkraf, Ideaktiv merupakan rumah kepada pelbagai jenama media terkenal termasuk NONA, Mingguan Wanita, Pa&Ma, RASA, Remaja dan Media Hiburan.

Melalui Iklan SeeNI, para usahawan berpeluang mendapatkan pandangan mengenai strategi pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan yang lebih efektif bagi membantu perniagaan berkembang dalam era digital.

Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik yang komited memperkasakan komuniti SME.

Lokasi & Tarikh Iklan SeeNI 2026

Bagi usahawan yang ingin memperkukuhkan jenama dan memperluaskan rangkaian perniagaan, Iklan SeeNI bakal berlangsung di dua lokasi iaitu pada 14 Julai 2026 di Hotel Sunway Seberang Jaya, Seberang Perai dan 16 Julai 2026 di Hotel Royale Signature, Alor Setar.

Peserta boleh memilih sama ada sesi pagi dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang atau sesi petang dari 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Lebih menarik, 100 pendaftar RSVP terawal akan menerima baucar bernilai RM50, selain peluang menikmati pakej pengiklanan terpilih dengan diskaun sehingga 90%.

Bagi mereka yang mahu mengembangkan perniagaan, peluang mendapatkan ilmu daripada pemain industri dan membina jaringan bersama komuniti usahawan mungkin menjadi langkah kecil yang mampu mencetuskan perubahan besar pada masa hadapan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://www.ideaktiv.com/rsvp-iklan-seeni/ atau hubungi pasukan Ideaktiv menerusi e-mel advertising@ideaktiv.com untuk maklumat lanjut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH