“Hangpa Ingat Penyanyi Asal Dah Mati Ke,” – Aweera Bagi Kenyataan ‘Padu’, Lihat Apa Reaksi Saiful Apek

Share

Penyanyi rock, Aweera meluahkan rasa kecewa terhadap Tindakan sesetengah pihak stesen televisyen yang didakwanya gemar memilih penyanyi lain untuk membawakan lagu Romancinta berbanding dirinya.

Tanya Aweera, adakah mereka seolah-olah penyanyi asalnya sudah tiada untuk menyanyikan lagu yang popular ketika dia bersama kumpulan Mojo itu.

“Banyak aku tengok sekarang konsert tv station yang panggil artis lain untuk cover or nyanyi lagu ‘Romancinta’.

“Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah mati ke apa?

“Tanya jaa,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aweera menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon senior, Saiful Apek ada memberikan kata-kata semangat buat Aweera berhubung isu berkenaan.

“Tak mengapalah, anggaplah mereka-mereka tu masih tak boleh move on dari karya-karya kita.

“Syukur Alhamdulillah. Berbaik sangka dan sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama kita. InsyaAllah,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Aweera menyanyikan lagu berkenaan.

Aweera menyertai kumpulan Mojo pada tahun 2012 namum kini tidak lagi bersama kumpulan berkenaan sekitar tahun 2014 atas sebab tertentu.

Selepas Mojo, Aweera tampil bersama kumpulan Prime Domestic dan kini muncul bersama band terbarunya Pelita Lusoh.

Sumber: Instagram Aweera

IKLAN