Personaliti media sosial, Mat Dan mengakui rasa terkilan selepas mengetahui perkhabaran mengenai kematian neneknya yang kini berada di United Kingdom.

Jelas Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, berita pemergian neneknya itu sememangnya agak sukar untuk diterima lebih-lebih setelah hampir dua tahun dia tidak dapat pulang ke negara kelahirannya akibat penularan wabak Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

“Goodbye Nan! These past few years haven’t been easy, only getting to see you once a year and each time saying goodbye wondering if it would be for the last time.

“This time I really do have to say goodbye and the worst is we can’t be there, and haven’t been there for the last 2 years because of covid,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan bapa kepada dua orang cahaya mata itu di laman Instagram.

“Hampir 2 Tahun Tak Balik Kerana Covid-19” – Nenek Mat Dan Meninggal Dunia Di UK, Ralat Tak Sempat Bawa Jumpa Anak Bongsu “Hampir 2 Tahun Tak Balik Kerana Covid-19” – Nenek Mat Dan Meninggal Dunia Di UK, Ralat Tak Sempat Bawa Jumpa Anak Bongsu

IKLAN

Dalam pada itu, Mat Dan turut memaklumkan hatinya berasa ralat kerana tidak berkesempatan untuk membawa anak kedua bertemu dengan neneknya.

Dikesempatan itu juga, Mat Dan menitipkan doa semoga neneknya itu sentiasa tenang di alam sana.

“You always looked your best, always dressed smart, made up, hair done, nails painted. Even when you couldn’t really move. That was all down to Grampy, you did such an amazing job of looking after her.

“I wish you could of stayed on a bit longer so you could meet Eydan, but I know you’re in a better place now.

“So goodbye Nanny, Rest in Peace, you deserve it. Love Dan, Difa, Zayne dan Eydan,” luahnya lagi.

IKLAN

“Hampir 2 Tahun Tak Balik Kerana Covid-19” – Nenek Mat Dan Meninggal Dunia Di UK, Ralat Tak Sempat Bawa Jumpa Anak Bongsu

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Mat Dan seluruh ahli keluarganya.

“Deepest condolences. May her soul rest in peace.

“Salam takziah Mat Dan dan family.

IKLAN

“My deepest condolences to you and your family. Be strong and take care.

“Dealing with loss is never easy. My condolences to you and your family mate.

“Salam takziah buat Mat Dan dan family atas pemergian nenda tersayang,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Hampir 2 Tahun Tak Balik Kerana Covid-19” – Nenek Mat Dan Meninggal Dunia Di UK, Ralat Tak Sempat Bawa Jumpa Anak Bongsu

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Mat Dan memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk menguruskan proses pulang ke United Kingdom andai diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Sumber: Instagram Mat Dan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI