Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang dalam kehidupan bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Bunga Citra Lestari.
Setelah lebih 5 bulan kehilangan suami tercinta, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.
Baru-baru ini, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada berkongsi beberapa keping foto arwah suaminya, Ashraf Sinclair bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar Bunga terus tabah mengharungi ujian hidup.
Ads
Imbas kembali, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.
Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 17 Jun lalu.
Memetik Harian Metro, Che Muhammad Hafiz, 30, ketika dihubungi berkata, perceraian itu dibuat secara baik dan menganggap itu adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga mereka sejak tahun lalu.
“Sebelum ini orang sering bertanya status perkahwinan saya. Jadi, saya berharap perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan. Antara kami sudah tidak ada apa-apa.
“Perceraian ini dibuat secara baik dan ia jalan terbaik buat kami. Cuma selepas ini saya berharap dia dapat memberikan kerjasama baik dari segi penjagaan anak.
“Dalam perkara ini saya cuba dengan cara baik. Tanggungjawab bukan setakat nak kena bagi duit, tapi saya nak juga berjumpa. Saya masih bapa kandung pada anak kami.
Jadi, saya juga ada hak bersama,” katanya seperti yang dipetik.
Tambahnya lagi, dia percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan percaya soal jodoh itu ketentuan Allah SWT.
“Saya percaya pada jodoh. Saya anggap apa yang berlaku ada hikmah. Buat masa sekarang saya fokus pada kerjaya. Lagi pula saya pun baru habis mengambil peperiksaan perubatan estetik,” jelas Hafiz.
Terdahulu Lufya memfailkan sebutan permohonan cerai di mahkamah sama pada 16 Oktober lalu.
Bagaimanapun, pada prosiding itu Che Muhammad Hafiz tidak hadir dan mahkamah menetapkan 18 November lalu bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalamperkembangansemasa yang serbacanggih kini, ramai di antarakita yang menggunakanlebih daripadasatuperantidalamkehidupanseharian, antaranyapembesarsuara, TV, telefonpintardan sebagainya.
Bagaimanapun, pernahkahandaterfikirmengenai caraterbaikuntukmenyambungkankesemua perantiinidenganmudah?
Iamemudahkanurusanuntukmenyambung mana-mana perantidenganmudahsamaadaketika di rumah, pejabatataupunketikaandasedangkeluar.
Mod InteraksiOneHop
HUAWEI Share bukansahajamenyediakan platform untukberkongsi fail daripadatelefonpintar, malahia juga menyediakaninovasiinteraksi mod OneHopdimanaandabolehmenyambung kantelefondenganperantipintar yang lain seperti berkongsi audio, penyambunganjalurlebar, screen projection danmacam-macamlagi.
Jikaandainginmemindahkangambardaripada telefonpintarmisalnyadarisiri HUAWEI P40 kekomputeruntuk proses penyuntingan, andahanyaperlumenyentuhciri NFC padatelefonandakeruang HUAWEI Share tag yang terletak di bahagian bawahsebelahkanankomputeruntuk menyambungkannya.
Sekiranyatelefonandamenggunakansistemoperasi EMUI 10.0 atauversisebelumnya, anda juga berpeluanguntukmerasaiinovasiciri Multi-screen Collaboration yang disediakanolehHUAWEI Share. Ciriinibukansahajamembolehkan andaberkongsiapajua fail danpelbagaidokumen lainnya.
Sound X Speaker
Lebihmudah, andahanyaperlumenyentuhtelefon padabahagianatas Sound X Speaker untukmemainkanmuzikandabila di rumah. Ciritersebut dinamakan One-Tap Audio Sharing.
Sekiranyaandamahumemberhentikanmuzik tersebut, andatidakberlumengeluarkantelefon, sebaliknyahanyaperlumeletakkantapaktanganandapadabahagianatas speaker. Cool kan?
One-Tap Network Connection
Ciriini paling sesuaiketikaandainginbermainpermainan video di rumahbersamarakan-rakan. One-Tap Network Connection inisecaraautomatik menyambungkan internet denganperanti yang lain.
Jaditidakperlulahandauntukmengulangbanyakkali mengenai kata laluan wi-fi anda.
One-Tap Screen Projection
Dalampadaitu, HUAWEI Share turutmemperkenalkanciri One-Tap Screen Projection dimanaandabolehmenyambungkanpaparanskrintelefonkeskrinpintar yang lebihbesar.
Iaakanmemberikanertikepuasansebenarterutamanyabagi kaki permainan video.
TakPerluBawaKunciKereta
HUAWEI Share juga bolehbertindaksebagaikuncikeretaanda. Teknologipintariniakanmembukakeretaandaketikadekatmalahanda juga bolehmenguncinyaketikajarakjauh. Oleh ituandatidakperlulagimembawakuncikemana-mana.
Ciriinimemberikanpenggunaaksesdanpilihandalam dunia aplikasidengancara yang paling ‘awesome’ danbelumpernahmerekaalamisebelumini.
Video : <iframesrc=”https://drive.google.com/file/d/1QUNOoaJ90LU3GDqFKD14FPgomn1cAboW/preview” width=”640″ height=”480″></iframe>
Bagimemanfaatkansepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps ini, ikutisahajatigalangkahmudahini;
Langkah 1: Setelah semuanyasiap, klikpada bar ‘CariAplikasi‘ di skrinutamauntukmemulakancarian.
Langkah 2: Aplikasi Petal Search Widget akanmemaparkanaplikasiteratas yang boleh para penggunamuatturun. Kliknamaaplikasi yang andacari di bar carian.
Langkah 3: Petal Search Widget – CariAplikasiakanmemaparkanhasilcarian yang paling relevanmengikutpermintaananda. Inimerangkumiapayang andabolehmuatturundari Huawei AppGallery, download melaluipautanrasmi, mengemaskiniversi web baharu, ataumuatturundaripihakketiga yang lain.
Pelakon, Syarifah Sakinah mendedahkan bahawa rumah tangga yang dibina bersama juruterbang, Aliff Adha telah pun berakhir sejak Mei lalu.
Menurut laporan BH Online, Sakinah dan Aliff sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak bulan Mac yang lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya seperti yang dipetik.
Ketika ditanya adakah punca penceraian ini disebabkan oleh orang ketiga, ini respon yang diberikan oleh adik kepada Sharifah Shahira itu;
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan di sosial media kononnya Aliff secara terbuka menggunakan ‘dating apps’ untuk bersosial di internet.
Oleh kerana itu, ramai pihak yang mula membuat spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan tersebut.
Terdahulu, Sakinah dan Alif telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Mac 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.