Kepada sesiapa yang mengikuti drama Pujaan Hati Kanda mungkin mengenali watak Kak Su yang dilakonkan oleh pelakon, Reen Rahim.
Kalau pada mulanya, watak tersebut agak dibenci penonton namun kini ramai yang semakin menyukai watak tersebut terutama mengenangkan karakternya yang agak ‘gila-gila’ dan lantang.
Susulan itu, apabila Reen memuat naik fotonya di laman Instagramnya, semalam kelihatan ramai yang meninggalkan komen positif kepada pelakon tersebut.
“Kak sue nak bg tau nie,walau pon kak su berkain batik 24jam,duduk pon kat hulu kampung kebersihan n kecantikan harus dijaga yea,” tulisnya di kapsyen.
Pelakon versatil, Fasha Sandha semalam ada berkongsi sekeping foto lama dan terkininya menerusi Instagram, sebagai menyahut cabaran #10yearschallenge yang kini menjadi tular di media sosial.
Bintang drama Teratai Kemboja itu antara lain turut memberi pandangannya mengenai situasinya ketika di awal penglibatan dunia seni dan sekarang.
“Gambar kiri- zaman remaja,masa zaman Natasha, sebelum wujudnya zaman media sosial (tahun 2003), bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya… tu gambar photoshoot untuk cover Berita Harian. Kenangan.
“Gambar kanan, zaman sekarang, gambar zaman keyboard warriors. Zaman Natasha dulu best orang tak kisah dan tak suka membawang sangat, sbb orang lebih tengok bakat,” tulis aktres berusia 34 tahun ini.
Sementara itu, Fasha turut mengakui pada zaman kini, ramai ‘ustaz dan ustazah’ yang sibuk mengata hal orang lain, tetapi diri sendiri tidaklah sempurna.
“Zaman sekarang ramai ustaz ustazah jadian yang sibuk mengata hal orang tapi diri sendiri pun tak sempurna…, dan ramai juga anggap artis ni milik masyarakat.
Sorry ya, pada pendapat i, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah ‘kerjaya’ ja. Jadi i tak kisah orang nak kata apa… yang penting hati… #hatikenabersih,” kongsi Fasha panjang lebar.
Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini menerima reaksi pelbagai daripada netizen bahkan Fasha sendiri ada membalas beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
Nama pelakon, Syazwan Zulkifly kini hangat diperkatakan berikutan watak Pali yang dibawanya dalam drama Pujaan Hati Kanda.
Berikutan asyik trending di laman Twitter, Syazwan sempat memuat naik entri penghargaan di laman Instagramnya.
“Sebelum saya keluar dalam drama #pujaanhatikanda , saya dapat banyak pertanyaan antaranya adalah kenapa dah lama tak nampak kat tv?dah berhenti berlakon ke? atau dah lama tak nampak berlakon bro.
“Drama #pujaanhatikanda adalah drama bersiri pertama saya untuk tahun 2018 dan memulakan pengambaran pada bulan October 2018.
“Tahun 2018 adalah tahun yang agak struggle untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya. Itulah alasan kenapa lama tak nampak saya kat TV.
“Terima kasih yang tak terhingga kerana masih lagi percaya dengan bakat yang tak seberapa ini.
“Sepanjang menjayakan drama ini, saya hanya ada satu benda yang saya pegang, ”saya akan bermain dengan character ini sebaik yang saya mampu dengan ikhlasnya’.
“Dengan bantuan dan kepercayaan pengarah drama ini yang saya anggap seperti abang saya iaitu @eoonshuhaini dan juga seluruh team #pujaanhatikanda, itulah character #pali yang termampu saya hasilkan.
Pada masa sama, pelakon ini turut berterima kasih kepada stesen televisyen yang selama ini percaya akan hasil kerjanya.
“Kepada yang selama ini perasan lama ketiadaan saya di kaca TV saya ucapkan terima kasih kerana masih ingin melihat saya beraksi di TV dan terima kasih atas tweet-tweet #kecampali untuk hari ini hingga trending.
“Teruskan support drama ini sehingga ke akhir episode. Saya anggap ini adalah hadiah dan permualaan yang baik untuk saya pada tahun 2019 ini. Alhamdulillah dan terima kasih semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia kesal apabila ada pihak yang salah faham dan beranggapan bahawa drama tersebut merupakan ‘job’ pertamanya untuk tahun lalu.
Susulan itu, dia meluahkan kekesalan itu di laman Twitternya.
“Jangan buat pemahaman sendiri. Cuba call saya and tanya. PHK adalah drama rantaian pertaama saya untuk 2018,bukan job pertama saya 2018.
“Silap faham nanti org akan kata saya nak raih simpati,” tulisnya.
Jangan buat pemahaman sendiri. Cuba call saya and tanya. PHK adalah drama rantaian pertaama saya untuk 2018,bukan job pertama saya 2018.silap faham nanti org akan kata saya nak raih simpati.. ? https://t.co/mLjJwVsmZy
Sejak awal malam tadi, salah seorang anak angkat pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tidak selesa dan menangis menerusi video yang dikongsikan usahawan berkenaan.
Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah dipercayai dengan menderita demam campak kronik
“Kami tetap prihatin. Kepada ibu kandung yom kami bawa 2kali di pakar kanak2 dan hari ni yom terpaksa kena tahan wad di hopital swasta sbb sakit dia makin parah.
“Boleh dikatakan 2bulan sekali yom sakit dan ini antra paling teruk sbb tu cost jaga yom tinggi….kami dah buat yg terbaik,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi Abang Nak Tegur itu juga ada memberitahu tahap daya tahan anak angkatnya itu agak lemah, seperti yang dikata doktor.
“Sebab doctor cakap antibody dia lemah..jgn pandai komlain..kalau boleh bantu gak lah anak yg awak nak ambik balik ni..kalau boleh cpt skit ambil sy pening tunggu lama2 nanti awak ckp anak awak sakit sbb kami tak pandai jaga,” tulisnya lagi menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan tubuh Qayyum yang dipenuhi bintik-bintik merah sambil menangis teresak-esak.
Sementara menerusi beberapa posting pula, Aliff turut berkongsi situasi terkini Qayyum. Turut melakukan perkara sama ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida.