Program terbaru, Borak Kelamin ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus berkongsi tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 episod.
Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ini mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.
Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khusus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan ataupasangan secara terbuka dan profesional.
Ads
Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria menerusi kenyataan media berbesar hati membawakan program ini yang dilihat sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan
“Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.
Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.
Ads
“Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.
“Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.
“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan,” katanya optimis.
Ads
Bersiaran selama 1 jam, Borak Kelamin ditayangkan secara eksklusif setiap Isnin, jam 9.00 malam sejak 1 Mac 2021 lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan bergelar usahawan yang berjaya.
Penyanyi, Liza Hanim yang sudah menceburi dalam dunia perniagaan ada berkongsi cerita dan pengalaman yang dialaminya ketika menjalankan perniagaan hijab.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini pernah berasa kecewa apabila impian untuk memiliki koleksi hijab tidak berjaya.
Meski pernah gagal, penyanyi berusia 41 tahun menganggap perkara tersebut sebagai satu aturan hidup yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa.
“Impian tertangguh Ni post bersambung tau jadi keep reading swipe left k. Pada followers saya mesti ramai yang tahu dan perhaps tertanya jugak in Nov 2019 saya ada buat launch untuk collaboration dengan brand hijab untuk koleksi saya yang pertama,
“Dapat coverage baik jugak dari press tapi bukan rezeki saya collaboration itu terhenti di tengah jalan. Kecewa? Mustahil tidak. Namun I believe there is always a greater reason yang hanya Allah yang tahu,
Kini, Liza bakal melancarkan koleksi hijab yang pertama hasil kolaborasi bersama dengan pelukis tempatan yang dikenali sebagai Pip Of Art pada Sabtu hadapan.
“Fast forward June 2020 di Malaysia Hari Ini Allah temukan saya dengan Pip, a super talented artist. Baru first time jumpa ada rasa connection dan dia hadiahkan saya one of her artwork saya jatuh cinta,
“Dan selepas itu we kept in touch dan talked on Instagram message, she is an amazing amazing women dan sangat kuat. We had something in common, thought she is living it, but we connected because of it,
“I can’t tell you unless she says I can because her story so touching and inspiring itu another story lah. Tercetuslah idea untuk mengabadikan artwork nya dan share dengan semua orang. And I ask apa kata, your painting dijadikan my first hijab collection, she said YES!!!
“Alhamdulillah!!! Now on 13/3/2021 I will releasing my first hijab collection with Pip’s artwork. Perancangan Allah Maha Hebat, kekecewaan saya diganti dengan rezeki yang lebih bermakna dan impian tertangguh saya kini tercapai. May our friendship lasts for eternity and I pray for your wellbeing Pip. Thank you for making my dream came true,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Drama rantaian Aku Yang Kau Gelar Isteri yang menyaksikan Sharifah Sakinah sebagai pelakon utamanya kini sudah pun melabuhkan tirai pada malam Isnin.
Sakinah yang telah memegang watak Laila menerusi drama bersiri berkenaan memberitahu, bukan satu perkara mudah untuk menjalani pengambaran ketika dalam tempoh pandemik.
Namun bersyukur kerana semuanya tetap berjalan lancar.
Bagaimanapun, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired yang berterima kasih atas peluang yang diberikan syarikat produksi dan menitipkan ucapan sama buat semua yang memberikan sokongan.
Malah aktres berusia 31 tahun ini juga bakal berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan.
“I would like to take this opportunity to send a BIG THANK YOU to everyone involved in the production of #akuyangkaugelaristeri.
“It wasnt easy to make this production happens with the ongoing pandemic but we did it!! Thank you all for the massive support and the feedback given.
“I’m very proud of all my coworkers and the production team and last but not least, I would like to send big thanks to all of you who has watched our series.
“This will now be my last drama for a while where I’ll take a break to recharge my batteries and to get a well deserved break from shooting. I will for the near future, instead of shooting, focus on my training, family and business #pompuanpompuan.
“See you all soon and thanks again for making this happen! #akuyangkaugelaristeri,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Aku Yang Kau Gelar Isteri ini mengisahkan mengenai persahabatan dua orang gadis yang bersahabat baik, Laila dan Raihani lakonan Nadia Brian yang mencintai seorang jejaka bernama Eizlan (Datuk Adi Putra).
Cemburu dengan kebahagiaan rumah tangga Raihani bersama Eizlan, Laila telah mengamalkan ilmu hitam untuk memusnahkan rumah tangga rakan baiknya itu.
Drama arahan Shuhaimi Lua ini telah ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Abby Abadi ada berkongsi cerita mengenai perihal dia bersama anak-anak bersama pengikut di laman Instagram.
Sebagai seorang ibu penyayang, Abby memberitahu tidak kisah memberikan hadiah buat mereka, termasuk yang murah harganya.
“Sempat sebelum balik dari Penang semalam singgah Ikea Batu kawan utk cari barang.. terbeli lagiii itu ini utk anak2 & yg tersayang dalam rumah ni hehe.
“Takpe hadiah murah2 pun.. tanda ingatan terima kasih ye anak2, kakak2 sbb jadi hamba ALLAH yg baik.
“ps: butik online mama onz ye mcm biasa. Admin cuti, jadi admin lain ganti.. so sabar ye menanti order anda dijawab. TQ,” tulisnya.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.