Penerbit, Datuk A. Aida menegaskan dirinya tidak akan tunduk dengan apa sahaja rayuan yang akan dikemukakan oleh pelakon, Amelia Henderson.

Ia susulan selepas Amelia diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 selepas tewas dalam keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.

Jelas A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, keputusan tersebut dibuat selepas Amelia dikatakan tidak mahu berdamai seperti yang pernah dicadangkan mahkamah sebelum ini.

“Hakim Panggil Berdamai, Dia Tetap Nak Lawan,” – Tidak Akan Layan Rayuan, A. Aida Tetap Maafkan Amelia Henderson

“Saya tidak akan tunduk kepada rayuan. Itu sahaja. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. Sebelum ini, hakim pernah memanggil kami untuk berdamai.

“Dengan Idris Khan saya berdamai tapi Amelia tetap nak lawan juga. Saya yakin berada dipihak yang benar. Di bulan Ramadan yang mulia ini, kemenangan berpihak kepada saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pada masa sama, A Aida turut mendedahkan dirinya tidak akan berkerjasama semula dengan Amelia kerana bimbang kejadian sama bakal berulang pada masa hadapan.

“Hakim Panggil Berdamai, Dia Tetap Nak Lawan,” – Tidak Akan Layan Rayuan, A. Aida Tetap Maafkan Amelia Henderson

“Syarikat produksi saya memang terkenal dengan memberikan tawaran berlakon kepada pelapis-pelapis baharu. Bila saya memberi peluang kepada bakat-bakat baru ini, secara tidak langsung meraka ini akan menggantikan pelakon-pelakon sedia ada.

IKLAN

“Saya dah lahirkan ramai pelakon-pelakon baharu. Saya bagi peluang kepada mereka. Sebagai prosedur berpengalaman, kita boleh menilai sikap seseorang artis itu.

“Apa yang terjadi kepada saya di dalam kes ini, saya sama sekali tidak akan terlibat lagi dengan artis ini kerana dia dah pernah buat hal seperti ini sekali. Tidak mustahil dia mungkin akan buat lagi.

“Saya sudah tak berani bekerjasama lagi. Namun, saya tetap maafkan Amelia. Saya tak marah pun,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, penerbit berusia 53 tahun turut menuntut Amelia untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan semula namanya.

“Yang paling penting, saya mahu dia buat permohonan maaf secara terbuka kerana perkara itu akan membersihkan semula nama saya.

“Saya nak sangat dia mohon maaf sebab dia ada ramai peminat. Bila dia buat kenyataan sebegitu, seperti saya pula yang bermasalah sedangkan saya ini orang lama,” akhirinya.

Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata dan bersyukur selepas menang kes saman perlanggaran kontrak terhadap Amelia di Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, hari ini.

Mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi yang merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI