“Hak Eksklusif? Baby Pun Belum Lahir,” – Anzalna Ulas Isu Mewahkan Anak, Soal Jantina Dan…

Share

Seolah-olah satu tradisi, setiap kelahiran anak selebriti popular pasti akan ditawan secara ekslusif oleh stesen televisyen tertentu. Namun lain pula dengan pelakon jelita, Anzalna Nasir. Tidak mahu terlalu merancang sementelah kandungannya baru berusia tujuh bulan. 

Hak Ekslusif? Baby pun belum keluar lagi. Kalau boleh tak nak terlalu banyak merancang. Biarlah baby keluar dengan selamat, dah ada di depan mata, barulah boleh fikirkan yang lain.

“Buat masa sekarang, saya tak mahu merancang lebih, biarlah Allah yang merancang,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, dia tidak menolak dakwaan bakal memewahkan anak yang bakal lahir.

Setiap orang lain pendapat, anak saya pun masih dalam perut. Tak terfikir lagi semua itu. Tapi why not, saya nak spend sekalipun apa salahnya. Ini anak pertama saya. Saya beritahu suami, saya akan beri apa sahaja untuk anak,” kata Duta Eksklusif NR ini jujur. 

Masih berteka-teki jantina anak yang bakal lahir, kata pelakon Dendam Aurora ini, dia suka memberi kejutan buat semua. 

Walaupun ramai yang kerap bertanya status jantina, saya tidak rimas. Sebaliknya seronok sebab mereka akan berteka-teki.

“Happy bila tengok reaksi masing-masing. Cuma bila buat persiapan agak susah sebab keluarga asyik menyibuk. Nak beli baju baby pun susah sebab mereka akan dapat agak jantina menerusi baju yang dipilih.”

Berkongsi kisah lucu, katanya, sewaktu hamil, dia suka mencantikkan diri, cuma menjadi masalah apabila seringkali tersalah memilih saiz baju.

Sekarang ini saya sangat suka berhias dan cantikkan diri, pakai bulu mata palsu, contact lens. Kalau dulu saya suka pakai yang ringkas. Bila prengnant ni, baby minta lebih-lebih.       

“Bila mengandung, saya lebih suka shopping online sebab tak larat nak berjalan. Jadi asyik tersalah size.

Bahagian atas memang saiz S, tapi saya terlupa bahagian bawah dah mula membuncit,” katanya yang mahu berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu selepas melahirkan anak.

IKLAN