Mendalam sungguh nasihat instafamous cilik Mat Ipang kepada netizen ‘bawang’ di luar sana.

Menerangkan agar tidak mengambil tahu hal orang lain, bintang media sosial itu meminta supaya bermaafan sesama manusia.

Namun, dalam pada mendengar santapan rohani, netizen nampaknya lebih tertarik kepada gelagat adiknya yang turut ‘sibuk’ memberi nasihat.

Assalamualaikum. Hai makcik bawang pakcik bawang. Tengah buat mende tu? Ke tengah sibuk duk kira dosa orang ek?

“Eh salah. Parok sungguh. Minta maaf deh. Astagfirullahalazim

“Dosa kita sendiri pun tak tertanggung. Ingatlah kalau dosa kita dengan tuhan, kita boleh minta ampun direct dengan dia.

IKLAN

“Tapi kalau dosa kita dengan manusia, kita kena cari orang tu balik pastu minta maaf dengan dia. Kalau tak Allah tak akan ampunkan kita.

“Sanggup ke? Jom kita sama-sama pakat tobat ek. Ok, bai,” katanya.

IKLAN

Lalu kecomelan si adik, Syifa menjadi perhatian apabila mengajuk segala percakapan abangnya dengan spontan.

“Hai Makcik Bawang Pakcik Bawang,” – Instafamous Mat Ipang Beri Nasihat, Tapi Gelagat Adik Bikin Netizen Geram!

Namun sesuai dengan gelaran ‘makcik bawang’, walaupun video berunsur nasihat, ada sahaja yang tidak kena.

IKLAN

Termasuklah Mat Ipang yang turut dijadikan bahan jenaka.

“Hai Makcik Bawang Pakcik Bawang,” – Instafamous Mat Ipang Beri Nasihat, Tapi Gelagat Adik Bikin Netizen Geram! “Hai Makcik Bawang Pakcik Bawang,” – Instafamous Mat Ipang Beri Nasihat, Tapi Gelagat Adik Bikin Netizen Geram!

Apapun, ada betulnya juga apa yang dikongsikan itu. Nak beri komen boleh, tetapi biarlah guna perkataan beralas dan tegur kena pada cara, bukan sampai jatuhkan air muka.

Foto – Instagram Mat Ipang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI