Hafiz Suip Kongsi Foto Rambut Kerinting Anak Kedua, ‘Like Father Like Son!’

Share

Baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 1 Mac lalu, penyanyi Hafiz Suip ada  berkongsi beberapa keping foto sisi anaknya, namun tidak berkongsi wajah penuh anak itu. 

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Cinta Kita itu memuat naik foto bahagian kepala yang menampakkan rambut kerinting anaknya itu, saling tidak tumpah seperti si bapa.

“Assalamualaikum gaiss…Awan Nano Jr,” tulis Hafiz ringkas di ruangan kapsyen. 

Lalu, peminat telah memberikan komen masing-masing terhadap foto yang dikongsikan penyanyi itu.

Sehingga kini, Hafiz dan isteri belum mendedahkan wajah penuh dan nama anak mereka. 

Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy Jasreel Abdullah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 3 tahun. 

 Foto : Instagram Hafiz Suip

IKLAN