Kurang 24 jam lalu, penyanyi Hafiz Suip memuat naik sekeping gambar yang menyaksikan dirinya sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan.

Entri yang dimuat naik penyanyi Awan Nano ini menerima reaksi pelbagai netizen yang rata-ratanya mengharapkan yang terbaik buat penyanyi berkenaan.

Hafiz menjalani rawatan akibat kecederaan pada tulang belakangnya (slipped disc) dan turut dimaklumkan oleh Hafiz di laman Instagramnya hari ini.

IKLAN

Hafiz Suip Berdoa Semoga Segala Urusan Dipermudahkan Allah

IKLAN

“Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku. Slip disc datang lagi dengan permainan baru!!!” tulisnya ringkas.

Tiga tahun lalu, bintang asal Sarawak ini pernah dimasukkan ke hopsital akibat kecederaan sama. Sehingga kini, entri tersebut menerima hampir 12,000 tanda suka dengan lebih 190 komen yang mengharapkan agar penyanyi ini sedia sembuh seperti sedia kala.

IKLAN

Foto: Instagram Hafiz Suip

https://www.youtube.com/watch?v=-WFUUXDwuUY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI