Pelakon Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada jam 9.25 pagi bagi sebutan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.
Fazura hadir dengan mengenakan persalinan serba putih kelihatan tenang sambil ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama lima orang pengawal peribadi.
Melirik senyuman sambil menuju ke perkarangan mahkamah, Fazura hanya menyebut beberapa perkataan ringkas.
“Kita masuk dalam (mahkamah) dulu ya. Alhamdulillah…okay,” katanya.
Ads
Sementara itu Fattah dikatakan sudah tiba lebih awal dan menunggu di kamar mahkamah.
Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Ads
Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkannnya itu.
Ads
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suka melihat pasangan Erin Malik dan suaminya, Farriz Fauzy. Bukan sahaja pasangan ini sama cantik sama padan tetapi wajah mereka juga seiras. Bukan admin sahaja yang perasan tetapi netizen turut berpendapat demikian. Erin dan suaminya memang gemar sekali muat turut foto mereka bersama di laman instagram.
Usia perkahwinan mereka sudah 10 tahun dan keduanya dilihat sangat mencintai antara satu sama lain. Pasangan ini juga turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata yang sangat comel.
Mereka juga gemar meraikan hari istimewa dengan bercuti di luar negara bersama anak-anak. Seronok melihat aktiviti yang mereka sekeluarga lakukan sepanjang tempoh percutian.
Sebaik berkahwin Erin memang sudah menghadkan aktiviti seninya dan jarang kelihatan wajahnya di kaca TV. Followernya yang berjumlah 1.3 juta di laman Instagramnya ini hanya dapat mengikuti segala aktiviti ibu anak dua ini di laman sosial berkenaan.
Apa yang admin salute pada pasangan ini, walaupun terdapat beberapa pasangan selebriti yang berpisah, namun kedua-duanya masih lagi seperti dalam bulan madu dan begitu ‘loving couple’.
Malah sepanjang perkahwinan mereka ini juga tidak ada sebarang kontroversi membabitkan pasangan ini. Rupanya ini rahsia bahagia Erin dan suaminya yang memang buat hati nezien cemburu.
Jika dilihat, Erin dan suaminya sering bersama walau ke mana mereka pergi. Kedua-duanya juga begitu rajin muat turun foto selfie yang menggambarkan betapa bahagia kehidupan yang dilalui kini. Jadi secara tidak langsung, tiada ada yang berani untuk mengganggu gugat hubungan mereka kerana ikatan cinta mereka memang cukup utuh.
Keduanya berkahwin dalam usia yang muda dan Erin tidak teragak-agak untuk hamil. Setelah tiga tahun berkahwin, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel, Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Binti Mohamed Farriz.
Betullah kata orang anak adalah pengikat kasih antara suami isteri. Siapa kata lepas kahwin badan akan naik, kerana Erin tetap langsing dan maintain cantik lagi-lagi setelah berhijab.
Jangan masa sebelum kahwin sahaja mengungkap kata-kata cinta pada pasangan, sebaliknya terus momentum itu walaupun selepas berkahwin. Erin sering mengucapkan kata-kata cinta pada suaminya dan meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan dalam cara tersendiri.
Sememangnya Erin sanggup berkorban dengan menghadkan aktiviti berlakon sebaik berkahwin an mempunyai anak. Kalau dulu Erin Malik antara pelakon kanak-kanak yang popular dan sering muncul di kaca televisyen.
Dia lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-temannya. Malah kelibatnya juga jarang dilihat di mana-mana majlis festival.
Kalau sekali pandang, Erin dan suaminya macam adik dan abang. Kata orang tua-tua jika jodoh wajah seiras akan ‘sejuk’ dan bahagia hingga ke syurga. Netizen juga perasan wajah Erin dan suaminya yang seiras.
Malah masing-masing turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Memang nampak sweet melihat keakraban pasangan ini yang sering bersama menempuh ranjau dalam fasa perkahwinan.
Kebahagiaan pasangan ini juga sering mendapat perhatian netizen. Setiap kali foto dimuat turut pasti mendapat reaksi positif netizen. Masing-masing suka melihat mereka dan turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
A post shared by ERIN MALEK (@erinmalekofficial) on
@hot_n_cool44 Didoakan moga jodoh berpanjangan..sangat sedih bla dengar artis2 jodoh tk panjang..moga Allah mdlindungi seluruh ahli keluargamu dari sgala mcm fitnah aamiin
@suzanaabrazak Sweet n romantik couple….moga berbahagia sllu n kkl till jannah
@mizzhybridbeta Moga bahgia..sihat..di murah kan rezki..
@julyana.co so swetttt..semoga hubungan awk berdua smpai ke jannah..Aamiin
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pakar perubatan regeneratif, anti-penuaan, Prof. Datuk Seri Dr. Mike Chan optimis untuk terus membawa banyak inovasi dalam bidang ini, bertujuan untuk meningkatkan serta menjaga kesihatan masyarakat secara bersepadu.
Pengalaman hampir dua dekad dalam bidang berkaitan menjadikan namanya dikenali di peringkat antarabangsa selain pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti terkenal serantau untuk tujuan berkaitan.
Malah, Dr. Mike Chan turut menjalankan penyelidikan saintifik mendalam untuk mengatasi pelbagai penyakit kronik yang berkaitan dengan proses penuaan.
“Karier saya bermula dengan minat mendalam terhadap potensi penyembuhan dalam sel stem iaitu rawatan yang menggunakan sel hidup untuk memulihkan tisu badan yang rosak akibat penyakit atau penuaan.
“Terapi sel stem ini kini menjadi antara kaedah utama dalam menangani pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, artritis, dan penyakit jantung, yang sering dikaitkan dengan proses penuaan,” katanya.
Perubatan regeneratif ini bukan sahaja bermanfaat untuk individu yang kurang pendedahan, malah ia dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti osteoporosis, penyakit jantung, dan gangguan hormon seperti menopaus.
Di samping itu, rawatan ini juga berperanan menjaga penampilan fizikal yang sihat, meningkatkan keyakinan diri dan secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup.
Tambah Dr. Mike Chan, dia mula meneroka bidang terapi selular ketika ia masih kurang dikenali di Malaysia, dengan ikhtiar agar rawatan ini dapat meningkatkan jangka hayat manusia dan memberikan kehidupan yang lebih sihat.
“Dengan penyelidikan dan inovasi yang berterusan, bidang perubatan ini mampu membuka peluang baru dalam cara kita memahami kesihatan dan penuaan.
“Selepas umur 40, manusia kehilangan sebanyak 10,000 neuron setiap hari dan proses penuaan otak bermula seawal usia 20 tahun, dengan lobus frontal berkembang sepenuhnya pada usia 24.
“Oleh itu, gaya hidup yang proaktif dan pengesanan awal gejala kemerosotan kognitif boleh memberi impak positif terhadap kesihatan otak dan mencegah masalah neurodegeneratif di kemudian hari,” katanya lagi.
Pemakanan yang kaya dengan Omega-3, terutamanya ikan, disarankan oleh Dr. Mike Chan sebagai salah satu cara untuk mengekalkan fungsi kognitif yang sihat.
Malah tambahnya, pengambilan alkohol harus dielakkan kerana ia boleh mempercepatkan kemerosotan otak, terutamanya selepas umur 60 tahun.
Sebagai pengasas beberapa organisasi perubatan terkemuka yang menyokong penyelidikan dalam bidang regeneratif, Dr. Mike Chan juga telah melancarkan Pusat Premier European Wellness yang ke-46 di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein memanjatkan rasa syukur dengan rezeki melimpah ruah yang telah dikurniakan kepadanya sepanjang tahun 2024 ini.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia menganggap segala yang dikecapinya ketika ini merupakan rezeki keluarga terutamanya buat anak-anak.
“Alhamdulillah, boleh dikatakan, 2024 ini merupakan tahun yang paling murah rezeki buat saya dan keluarga. Terima kasih kerana memberikan saya banyak peluang dan kepercayaan.
“Saya betul-betul tak sangka. Ini rezeki anak-anak,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Kampung People ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan kelima dan pengumuman duta kedai emas, Merchant 9, baru-baru ini.
Pada masa sama, Elly memaklumkan dia sentiasa mengingatkan diri sendiri agar tidak sombong dengan segala nikmat yang diberikan Allah SWT.
“Segala yang berlaku ini merupakan rezeki. Setiap orang mempunyai masa dan ketika. Alhamdulillah, saat ini, masa dan ketika itu adalah milik saya.
“Jangan risau, setiap orang akan turut merasai momen seperti ini. Malah, momen ini juga akan hilang. Jadi, sementara masih ada, jika diberikan peluang, kita buatlah sebaik mungkin.
“Namun, rezeki seperti ini tidak datang dengan mudah. Ia datang kerana izin Allah SWT dan usaha kita sendiri. Bila kita buat yang terbaik, in sha Allah, orang akan nampak kerja kita.
“Saya yakin, anda di luar sana juga akan merasai momen seperti ini satu hari nanti sama ada cepat atau lambat,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah tawaran menjadi duta ini bernilai jutaan ringgit, ini jawab Elly;
“Tidaklah sampai berjuta. Saya hanya akan menerima sesuatu tawaran itu jika kena dengan minat dan kesukaan saya.
“Saya memang suka emas. Jadi, bila dipilih menjadi duta, tak mungkin saya tolak.
“Saya seronok bekerja dengan mereka. Jadi, saya sama-sama bekerja dengan team konten untuk fikirkan idea yang mampu menarik minat ramai untuk datang ke Merchant 9,” akhirinya.
Selain dilantik sebagai duta, Merchant 9 turut melancarkan set barang kemas terbaharu yang diberi nama Kepom Exclusive.
Selepas cawangan di Damai, Nilai, Sungai Besi dan Taman Tun Dr Ismail, kini cawangan ke lima Merchant 9 telah dibuka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.