Berkongsi aktiviti paling popular di Thailand, gelagat usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menaiki gajah tidak semana-mana telah dikecam netizen.
Rata-ratanya menyifatkan ia sebagai satu penderaan mental dan fizikal haiwan terbabit dan menunggang haiwan berkenaan dilihat sebagai menyokong kepada penderaan tersebut.
Ulas netizen, sudah kerap kali saranan untuk memboikot aktiviti pelancongan popular negara terbabit dikongsi, namun masih tidak memberi impak kepada usahawan terbabit.
Malah, pengguna media sosial turut menggesa agar penyanyi Bobo Dimana ini berhenti tidak mempromosikan kekejaman terhadap haiwan.
Rata-rata bersedih melihat wajah haiwan malang itu.
Menerusi posting terbaru, Aliff memuat naikmemori indah sewaktu liburan sambil bekerja di Thailand.
“Korang nampak gajah ke korang nampak abang??
“Sebenarnya abang dah mula bosan duduk dekat Thailand ni.. maklumlah dah hampir 10 hari abg di sini.. misi abg untuk trevelog dan juga cooking show abang Amboi Amboi masak… ramai pihak yang terlibat dan banyak duit yg habis… tapi abg yakin program abg akan meletop dan ia akan menjadi satu memori indah utk abg kenang dgn team @aslcosmetic.my.
“Siapa Yang tak sabar tunggu program abang siap??hanya di channel YouTube tv Telajak laris tidak lama lagi..Di mana abang menjelajah lebih lima negeri di Thailand dan syukur alhamdulillah kerana semua kelengkapan tempat tinggal lokasi abg dan team abg telah ditaja sepenuhnya oleh mereka yang menghargai kerja keras abang salam ini sbb laman sosial abg yg kuat .. kiranya abang promosi tempat dia dan abang pula dapat jimatkan kos produksi shooting di sini.
“Siapa kat sini kawan abang yang tak sabar sabar.. tunggu program abang disiapkan cuba korang komen di bawah,” tulisnya.
Bintang drama Nur, Noorkhiriah atau sinonim dengan panggilan Khiriah ada memberi nasihat dan pesanan bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Pelakon berusia 40 tahun itu telah berkongsi kata petikan nasihat oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
“Nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda. Sabarlah, Allah kan ada,
“Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
“Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat,” petikan kata yang dikongsi Khiriah.
Dalam isu mendidik anak, pelbagai persepsi diberikan ramai hingga ada ketikanya, ia mengundang persepsi berbeza soal kaedah tepat, khasnya melibatkan hukuman rotan.
Berhubung hal tersebut, bintang media sosial, Farah Lee menerusi Instagram ada memberikan pendapat meski ada juga yang dilihat membantah.
Katanya, dia tidak merasakan rotan adalah cara terbaik untuk mendidik anak.
Ulas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, ibu bapa harus kembali kepada cara didikan dalam Islam.
“Rotan? Not okay. Semak kembali guideline mendidik anak dalam islam. Guideline menggunakan corporal punishment dalam islam.
“Islamic parenting is the core of all parenting methods theories semua2 yang kita baca mat salleh buat tu. Mendidik tak perlu memukul, tegas tak perlu mengherdik,” tulisnya.
Bekas isteri kepada Ally Iskandar ini juga menegaskan rotan hanya akan menimbulkan kesan kepada emosi dan fizikal.
Malah dia menyelar kenyataan sesetengah pihak yang gemar membandingkan pendekatan zaman dahulu.
“Hasil merotan mungkin nampak effective dalam masa terdekat, tapi kesan buruk pada emosi akibat menggunakan ‘physical punishment’ effect ke dalam dalam dalam.
“Jangan samakan dulu mak aku sebat aku jadi orang jugak, dulu ayah aku piat aku jadi orang jugak. Habis kalau orang dulu makan taik kita nak ikut makan taik jugak.?
“Allah suruh cari ilmu untuk improve living kan.? Cari, dan ubah.! Anak adalah AMANAH. Jadi ilmu keibubapaan adalah WAJIB dicari. Again, cari dan ubah.! #FLparenting,” ulasnya panjang lebar.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.