Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana menafikan dia menggunakan populariti dua bakat baru, Fikry Ibrahim dan Alvin Chong untuk mendapatkan tontonan tinggi bagi muzik video single terbarunya, Hatiku Milikmu menerusi YouTube. Malah jelas bintang yang selesa disapa Nana ini, istilah berkenaan tidak pernah wujud bagi dirinya sepanjang terlibat dalam seni.
Cuma apa yang boleh dikatakan, rakan sesama selebriti hanya membantu dan menyokong perjalanan karier masing-masing.
“Boleh dikatakan, momentum muzik video Hatiku Milikmu ini agak laju berbanding muzik video lagu saya yang lainnya. Macam terus mencintaimu tinggi juga tontonannya.
“Cuma ia ambil masa yang agak lama untuk meraih bilangan penonton yang tinggi,berbeza dengan single terbaru ini. Sudah pasti saya bersyukur dan terharu atas sokongan peminat,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauh mana figura dua bintang itu turut membantu di dalam menaikkan rating muzik video arahan Storytellrs itu, Nana mempunyai pendiriannya sendiri, jauh sekali mahu menagih populariti! Jelasnya;
“Alamak. Guna populariti Fikry Ibrahim dan Alvin untuk raih tontonan tinggi? Tak Lah! Mana ada. Sebab bagi saya, masing-masing sudah ada kelompok peminatnya sendiri. Malah, kalau peminat yang mengikuti kerjaya kami pun, sebelum ini memang kami ada bersama di dalam drama. Jadi sebab itulah saya lebih senang untuk memanggil rakan sendiri untuk terlibat dalam muzik video tersebut.
“Kalau ada istilah nak tumpang populariti pun, rasanya tak timbullah isu tersebut sebab kami hanya sokong kerjaya masing-masing. Saya senang bekerjasama dengan mereka dan bila pengurus menawarkan Fikry dan Alvin untuk tampil di dalam Hatiku Milikmu, mereka terus setuju dan saya pun gembiralah.
“Mereka pun ada promosikan muzik video berkenaan juga dan terima kasih buat peminat yang tidak putus-putus menyokong,” jelas Nana.
Setakat ini, muzik video Hatiku Milikmu yang menjalani penggambaran di Krabi, Thailand itu sudah pun ditonton hampir 1.5 juta kali tontonan sementara Terus Mencintai pula sukses dengan jumpah tontonan melebihi 8 juta tontonan. Muzik video berkenaan turut menampilkan rakan pelakon, Alif Satar.
Terdahulu, Nana ditemui media di sidang media ‘Just Us – Alif Satar & Siti Nordiana’ Live Concert in Singapore di Timbre, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada Selasa.Turut sama di dalam majlis tersebut ialah Alif Satar.
Nana dan Alif Satar bakal menghiburkan peminat di Singapura pada 31 Ogos dan anjuran Adi Media Ptd Ltd. Tiket konsert yang berlangsung di Shine Auditorium Shaw Tower Singapore ini dijual pada harga SGD48, SGD78 dan SGD148 yang turut menawarkan sesi ramah mesra bersama dua penyanyi terlibat.
Pembelian tiket early bird sehingga 20 Mei ini bakal mendapat diskaun sebanyak 10 peratus dan boleh dibeli menerusi laman web www.rosevalley.sg
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155543832828435/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI