Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Ini Reaksi Neelofa!

Share

Kejayaan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Athirah Rushami Zien meraih perhatian ramai selepas berjaya meraih anugerah Pelajaran Diraja dalam majlis konvokesyen baru-baru ini.

Sekali gus, ia menarik minat selebriti Neelofa untuk melayangkan status di Twitter berkaitan kejayaan graduan tersebut.

“Such a well composed and humble young lady. Congratulations to you! Please tag her in the replies if anybody knows her.

“Saya mahu meraikan kejayaannya dengan memberikan cenderahati kepadanya,” tulisnya. 

Video berdurasi 40 minit ini mendapat lebih 58k retweet yang rata-ratanya memuji kepintaran gadis yang baru berusia 23 tahun ini.

Untuk pengetahuan, Athirah berjaya memperolehi keputusan dekan 4 flat selama 7 semestar berturut-turut.

Malah, dia juga merupakan angkatan pelajar pertama dalam program asasi pengurusan UUM pada tahun 2014.

Kemudian, melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan.

Foto/ Video : Twitter Neelofa/ Google

IKLAN