Salah satu watak adiwira yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia, Power Rangers menemui para peminat setianya setahun lalu. Ternyata, ia mengembalikan nostalgia peminat watak adiwira popular sekitar era 1990-an itu.

Aksi sekumpulan remaja lengkap dengan kostum menggelarkan diri mereka sebagai rangers gigih bertarung menentang penjahat demi melindungi bumi sememangnya tidak akan dilupakan.

Jom kita usha apa trivia menarik mengenai filem ini!

Sebelum diangkat sebagai naskhah filem, Power Rangers terlebih dahulu merupakan siri TV adiwira popular dan pertama kali disiarkan pada 1993 lalu dikenali sebagai Power Rangers Mighty Morphin. Sehingga kini, siri berkenaan sudah pun mempunyai lebih 23 siri. Antaranya ialah Power Rangers Mighty Morphin Alien dan Power Rangers Zeo.

Go Go Power Rangers! Ini Trivia Menarik Mengenai Antara Filem Adiwira Paling Popular di Malaysia Ini

IKLAN

Power Rangers diilhamkan oleh usahawan Mesir, Haim Saban, siri Power Rangers merupakan karya hasil adaptasi daripada siri televisyen adi wira popular Jepun, Super Sentai.

Terdahulu, versi filem pertama Powwer Rangers dilancarkan pada 1995 lalu dengan meraih kutipan lebih AS$66.4 juta. Bagaimanapun, siri kedua filem tersebut tidak berjaya mencapai sasaran kutipan yang dijangkakan.

Go Go Power Rangers! Ini Trivia Menarik Mengenai Antara Filem Adiwira Paling Popular di Malaysia Ini

IKLAN

Amy Jo Johnson dan Jason David Frank, yang memainkan watak sebagai Kimberly dan Tommy dalam siri Mighty Morphin Power Rangers turut melakukan cameo di dalam filem tersebut sebagai warga Angel Grove.

Go Go Power Rangers! Ini Trivia Menarik Mengenai Antara Filem Adiwira Paling Popular di Malaysia Ini

IKLAN

Teaser filem tersebut turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia ditonton lebih 150 juta kali di YouTube kurang 48 jam ia di muat naik.

Sepatutnya, filem itu bakal ditayangkan pada 2016. Bagaomanapun, filem arahan Dean Israelite terpaksa ditunda pada suatu tarikh sekitar Januari 2017 lalu. Akan tetapi penerbit filem tersebut, Lionsgate sekali lagi menganjak tarikh tayangan kepada Mac 2017.

Roberto Orci khabarnya merupakan pengarah pilihan penerbit. Namun Orci terpaksa menolak pelawaan tersebut bagi memberi fokus pada filem Star Trek Beyond.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI