Giliran Stroller RM12k Jihan Muse Jadi Perhatian Gara-Gara Cik Epal, Tapi…

Share

Selepas tular stroller berharga RM3,000 yang dibeli Instafamous Cik Epal beberapa hari lalu, netizen mula membongkar kembali kisah lebih kurang sama.

Difahamkan, hos dan pelakon, Jihan Muse terlebih dulu memiliki stroller bernilai ribuan ringgit!

Stroller berjenama hasil ilham pereka Jeremy Scott ini dinyatakan berharga lebih RM12,000.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah sesekali berkongsi mengenai harganya kepada umum.

Lalu, ada yang menyatakan kekaguman kepada pelawak ini kerana masih mengekalkan sikap rendah diri walaupun mampu membeli barangan mewah untuk anaknya.

Malah di laman Twitter, netizen mula membandingkan cara kedua-dua wanita ini membawa diri.

Foto : Twitter

IKLAN