Selepas tampil dengan imej eksentrik dan melampau beberapa tahun lalu demi album, kini penyanyi pop, Miley Cyrus bertindak memadam kesemua fotonya menerusi Instagram beberapa hari lalu.

Difahamkan, penyanyi yang popular menerusi lagu We Cant Stop dan Malibu itu mengambil keputusan tersebut pada Sabtu.

Tidak hanya foto yang dipadam, malah ruang highlights turut dipadamkan penyanyi berkenaan.

IKLAN

Apa Motif Miley Cyrus Pula ‘Hapus’ Semua Foto Di Instagram, Buat 76 Juta Pengikut Terpinga-Pinga

Apa yang pasti, tindakan penyanyi tersebut memberi pelbagai reaksi di kalangan pencinta muzik di seluruh dunia selain lebih 76 juta pengikutnya di Instagram.

IKLAN

Ada yang anggap ia hanyalah gimik sama ada dia bakal muncul dengan album baru, atau pun mahu ‘buka buku baru’ untuk berkahwin dengan kekasihnya, Liam Hemsworth.

Apa Motif Miley Cyrus Pula ‘Hapus’ Semua Foto Di Instagram, Buat 76 Juta Pengikut Terpinga-Pinga

IKLAN

Terdahulu, Taylor Swift pernah melakukan perkara sama apabila memadam kesemua gambar menerusi Instagram, bagi memberi ruang terhadap album barunya, Reputation. Ternyata, gimik berkenaan ‘menjadi’ hingga membawa nama Swift kembali sebagai penyanyi pop kegilaan ramai.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI