Pelakon, Bella Dowanna ada berkongsi mengenai kisahnya sepanjang memakai pendakap gigi sebanyak dua kali sejak berusia 12 tahun.

Menurut Bella, susunan giginya pada ketika itu agak jarang dan dia berasa sangat bersyukur kerana keadaan giginya kini telah pulih.

“Finally done with braces. Okay cerita ni panjang sikit haha. Sumpah lama gila pakai braces, since i was 12 years old lagi. Gigi Bella jarang sampai boleh selit straw dekat tengah tengah gigi tu hahahaha (swipe la sampai habis). Bella 2 kali pakai braces okay.

“Ada gigi hilang ke mana tah bila xray baru jumpa. Did operation untuk tarik gigi turun and ingat everything dah okay tapi bila buka, gigi jarang balik and finishing tak cantik,” tulisnya.

IKLAN

Jelasnya lagi, selepas gagal pada proses rawatan yang pertama, dia tidak patah semangat sebaliknya memutuskan untuk mencuba menjalani rawatan sekali lagi tetapi kali ini di sebuah klinik pergigian swasta.

“Gigi Jarang Sampai Boleh Selit Straw,” – Pakai Braces Dua Kali, Bella Dowanna Cerita Kisahnya Nak Dapat Gigi Tersusun Cantik

IKLAN

“Okay so Bella pun pakai la braces lagi sekali but this time dekat @kaldentalclinic_ . Kalau dulu masalah gigi tak turun la gigi hilang la but this time more to aesthetic .

“I did (frenectomy and gingivectomy).
Gingivectomy untuk buang gusi sikit dekat gigi untuk bagi nampak gigi lebih sikit and
Frenectomy untuk elakkan gigi depan tu jarang balik sebab sebelum ni lepas buka first braces terus jarang.

IKLAN

“Plus I did permanent retainer dekat belakang gigi so secure sikit gigi kalau i lupa pakai retainer yang transparent tu. but i still need to wear that clear invisible retainer even ada fixed retainer. Okay rasanya thats the last thing i did for my teeth annddd finally now dah buka,” kongsinya lagi.

“Gigi Jarang Sampai Boleh Selit Straw,” – Pakai Braces Dua Kali, Bella Dowanna Cerita Kisahnya Nak Dapat Gigi Tersusun Cantik
Mengahiri perkongsian di Instagram, pelakon drama, Budak Tebing ini turut mengakui dirinya berasa sangat gembira dengan perubatan yang dialaminya itu.

“Tak tahu la macam mana nak explain berapa lama tunggu untuk gigi cantik ni tapi what i can say is i loveeee going to kal dental clinic so much. clinic sangaaat selesa and friendly doctor and staffs too,” akhirinya.

Foto: Instagram Bella Dowanna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI