MH pasti ramai yang suka melihat kecomelan anak-anak kepada pelakon cantik, Wawa Zainal dan suaminya yang juga seorang pelakon popular, Aeril Zafrel.

Namun begitu, anak-anak pasangan selebriti ini mempunyai masalah gigi reput dan hal ini dikongsikan sendiri oleh Wawa menerusi akaun di media sosial.

Pada tahun lalu anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar terpaksa mencabut gigi selepas dinasihati oleh doktor kerana semua giginya mengalami kerosakan yang teruk.

Terbaru menerusi satu lagi perkongsian Wawa, anak keduanya pula, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa juga mengalami masalah gigi reput sama seperti abangnya.

Ads

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

“kalau la ada gigi palsu utk budak?

 

p/s macik bawang jgn kecam i tak gosok n xjaga gigi anak . tiap hari gosok tp reput juga hahaha siapa ade anak gigi reput mcm hayla juga???,” tulis Wawa menerusi ruang kapsyennya.

Menerusi sebuah akaun Facebook bernama, Iqbal Rosali yang merupakan seorang doktor gigi, dia telah berkongsi satu screenshot daripada majalah Pa&Ma berkenaan artikel gigi reput anak-anak Wawa dan juga Aeril.

Ads

Menerusi perkongsiannya, doktor ini telah memberikan tips serta punca yang menyebabkan gigi anak reput kepada Wawa dan juga Aeril serta semua ibu bapa di luar sana.

Ads

Gigi Anak Wawa Zainal Reput , Doktor Gigi Kongsi Punca Dan Tips

MH harap dengan perkongsian tips yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu Wawa serta Aeril dalam menangani masalah gigi reput anak-anak mereka.

Sumber: Instagram Wawa Zainal & Facebook Iqbal Rosali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI