Selepas memberikan bayangan akan kembali membawakan watak ikoniknya, Inspektor Aleeza menerusi siri televisyen Gerak Khas, penampilan terkini Abby Abadi mengenakan uniform Polis DiRaja Malaysia memberi kegembiraan di kalangan peminat drama episod itu.
Menerusi sepotong video di Instagram yang dimuat naik rakan pelakon, Salina Saibi yang turut sinonim dalam Gerak Khas, dia turut memuji penampilan Abby yang dikatakan sudah kurus.
Pelakon senior, Sheila Hassan atau lebih sinonim dengan panggilan Sheila Mambo sekali lagi berkongsi mengenai tahap kesihatan ibunya, Aishah Nyak Adam, 80, yang baru-baru ini mengalami masalah kesihatan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi entri terkini menerusi Instagram, Sheila ada memaklumkan kondisi ibunya yang kian baik dari semasa ke semasa.
Malah, salah satu foto yang dimuat naik pelakon Andainya Takdir 2 itu, dia ada menitipkan nota khas buat ibu tercinta.
“Mak..Apa jadi pun org akn cari masa utk jenguk mak dan beri salam selalu, orang akn cr peluang utk cium tangan dn dahi mak jika asbab ini Allah beri peluang kami jd lebih dkt dgn mak.
“Orang akn duduk baca yasin dn ajar mak selawat/isthifar. Walau org takdak sebelah mak tp org selalu doakan utk mak dr jauh.
“Semoga Allah SWT berikn kita ruang dan masa lagi, semoga Allah SWT ampunkan dosa2 kami anak2/ cucu mak dn ampunkan dosa mak dan bapak, semoga Allah SWT beri ketabahan pd bapak yg mesti kesepian.
“Takdak org buatkan susu dn oat dia pagi2 hari lepas subuh. Mgkn tak sama anak2 yg buatkan.
“Ya Allah Segala yg disunatkan mgkn ada kekurangan dr kami, kami harapkan nusrat dn qudrat Mu ya Allah. Aamiin2 ya Rabb, Fi- Hifzillah,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon, Aman Graseka dan Reena Areena ada berkongsi foto-foto sekitar majlis persandingan mereka pada 22 Disember lalu.
Memanjatkan rasa syukur dengan majlis persandingan yang berjalan lancar, pelakon berusia 51 tahun itu turut gembira kerana isterinya, yang dikenali sebagai Reena Areena tetap kuat meski berbadan dua.
“Alhamdulilah majlis berjalan dgn lancar 22/12/2018..syukur wife sy reena @reenaareena89 mampu meneruskan majlis wlupn dia penat sgt2 sbb pembawakkn baby tapi dia teruskn jgk tersenyum bersama2 dgn saya,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, isterinya juga turut berkongsi beberapa keping foto kenangan majlis sanding mereka.
Tampil dalam persalinan sedondon rona kuning di raja, keduanya tampak sama cantik sama padan.
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.