“Genap Seminggu, Kami Telah Aktifkan Semula Socmed,”- Alhamdulillah… Sasha Saidin & Suami Selesai Umrah

Share

“Sebelum membuat umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah,”. Demikian penegasan penyanyi Sasha Saidin ketika mengerjakan umrah  bersama suami, Sirhan Wahab pada awal Februari lalu.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite sering berkongsi aktivitinya di Tanah Suci.

Baginya, dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi pengalaman bersama peminat dan mereka yang berhasrat untuk mejjejkakan kaki ke Tanah Suci.

“Kalau anda perasan kebanyakan posting Sha ditulis adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan mungkin kerana itu kebelakangan ini terutamanya sekitar posting Sha tentang perjalanan Umrah Sha baru-baru nie ada sedikit kekeliruan.

“Sha nie memang suka bercerita dari dulu lagi. Bercerita pun suka mungkin kerana Sha gemar kongsi pengalaman buat mereka yang sedang atau akan melalui apa yang Sha lalui,” kongsinya.

Dalam pada itu, kakak kepada Zain Saidin mengambil keputusan untuk menyahaktifkan telefon pintarnya kerana mahu memberi fokus penuh terhadap ibadahnya.

“Sha sedar juga mungkin ada yang terlepas pandang inti penulisan perjalanan Umrah Sha pada awal bulan Februari yang lalu kerana ramai yang fikir yang Sha masih di tanah suci membaca komen-komen yang di tinggalkan di ruang komen posting Sha. 

“Sebelum membuat Umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah kami dan hanya setelah pulang genap seminggu lalu telah kami mengaktifkan semula socmed kami,” tulisnya. 

Menerima pelbagai komen positif dari orang ramai, Sasha bersyukur kerana dia dan suami telah selamat pulang ke tanah air kira-kira seminggu lalu.

Sekali gus, Sasha telah mengaktifkan semula media sosialnya.

“Saya dan Sirhan amat teruja dengan respon positif kalian yang sangat memberangsangkan dan walaupun telah dinyatakan dalam posting pertama itu ianya adalah posting throwback tapi ramai yang terus mendoakan kami mendapat Umrah yang marbur.

“Sesungguhnya اللّٰه Maha Mengetahui segala-galanya yakni yang sudah, yang kini dan yang akan datang. Alhamdulillah dengan berkat doa anda, kami telah dapat menjalankan Umrah kami dengan cukup baik dari saat pergi dan pulang akhirnya.

“Ramai yang DM saya dan memberi doa peribadi mereka dengan harapan saya sampaikan doa mereka semasa kami ada di tanah suci akan tetapi seperti saya sebut di atas, di sini dilemma kami. Namun setelah Sha berdiskusi dengan suami, Inshallah Sha akan tetap bacakan doa-doa anda dengan harapan doa kalian akan dimakbulNya di mana jua kami berada.

“Bagi mereka yang tidak dapat menjalankan ibadah Umrah mereka kerana sekatan Covid-19, bertabahlah dan percayalah semuanya ada hikmahNya. Semoga kita senantiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi rahmatNya,” akhirinya.

Terdahulu, Sasha, 43, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, pada 20 Januari lalu.

Malah, penyanyi wanita itu telah berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite, pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10 tahun.

Foto : Instagram Sasha Saidin

IKLAN