Semalam, genaplah sebulan usia anak sulung Kylie Jenner bersama pasangannya, rapper Travis Scoot. Sebagai meraikan usia 30 hari anaknya yang diberi nama Stormi Webster itu, bintang realiti berkenaan telah pun memuat naik gambar secara eksklusif bersama bayi perempuannya di Instagram (IG).

Kylie yang mengenakan tracksuit dalam motif flora dilihat teruja sambil mendukung Stormi. Bagaimanapun, wajah bayinya itu tidak jelas kelihatan apabila ia diambil daripada sudut tepi.

Genap Sebulan, Kylie Jenner Upload Gambar Eksklusif Dukung Baby Stormi Webster Di IG

IKLAN

“My angel baby is 1 month old today,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, menerusi kapsyen pada gambar, adik kepada super model Kendall Jenner itu Kylie memberitahu usia anaknya itu sudah pun mencecah sebulan sekali gus mendapat pujian dan rata-rata peminatnya turut mengharapkan yang terbaik buat Kylie sekeluarga.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik sudah pun mengumpul like hampir 9 juta dengan lebih 200,000 komen.

IKLAN

Sementara itu, ada juga netizen yang memuji kecantikan wajah Kylie sejak bergelar ibu muda pada usia 20 tahun dan tidak kurang yang memberi pandangan bahawa selebriti seksi ini tampak lebih matang berbanding ketika solo.

Genap Sebulan, Kylie Jenner Upload Gambar Eksklusif Dukung Baby Stormi Webster Di IG

IKLAN

Kylie Jenner sebelum ini telah mencetuskan sesansi di Hollywood apabila tidak muncul di mana-mana acara huburan rasmi selama beberapa bulan kerana tidak mahu berita kehamilannya diketahui ramai. Bagaimanapun, dedas-desus mengenai kehamilan Kylie akhirnya berjaya dihidu paparazi apabila setiap inci pergerakannya dirakam lensa.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI