Tanggal 14 Februari yang sinonim dengan Hari Kekasih (Valentine’s Day) pastinya menjadi antara momen paling bermakna buat pelakon dan model era 90-an, Azah Aziz.
Pelakon dan model ini memaklumkan, pada tarikh itulah dia bertemu dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah buat kali pertama.
Berkongsikan kisah itu di laman Instagram miliknya, Azah atau nama sebenar Norazah Aziz, 50, berkata hari ini sudah genap 31 tahun dia berkenalan dengan teman sejiwanya itu.
“Kami bertemu pada Hari Valentine 1992. Saya ketika itu berusia 19 tahun, manakala suami 25 tahun. Hari ini genap 31 tahun kami bersama.
“Hari Valentine adalah sesuatu yang istimea buat kami, ia akan kekal dalam hati dan jiwa saya sampai bila-bila. InsyaAllah.
Ads
“Tiber fefeling jiwang pula dah tua-tua ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi posting itu juga, Azah menyertakan sebuah video yang memaparkan kompilasi gambar-gambar mereka bersama termasuk gambar ketika di awal pertemuan 31 tahun dahulu.
Ads
Pelakon drama Mat Despatch itu mendirikan rumah tangga dengan Daud, 56, yang merupakan lelaki kelahiran Perancis pada 7 Januari 1995.
Penyanyi dan pelakon, Sharul Kamal kecewa selepas menonton persembahan influencer Tik Tok, Ratu Farah Diva sewaktu membuat kemunculan di program hiburan popular, Meletop malam tadi.
Menurut Sharul, stesen televisyen ketika ini lebih mementingkan jumlah rating berbanding karya-karya yang berkualiti.
Saya ni bekerja keras bertahun2 nak buat lagu yang ada kualiti dan kemudian nak lah promo lagu dalam program tv yang ada rating tinggi seperti contoh MeleTOP tapi sayang, selalu dapat jawapan “nanti kami check slot”.
“Saya ni bekerja keras bertahun-tahun nak buat lagu yang ada kualiti dan kemudian nak lah promo lagu dalam program tv yang ada rating tinggi seperti contoh MeleTOP tapi sayang, selalu dapat jawapan “nanti kami check slot”.
“Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Maaf itu menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Katanya lagi, dia juga pernah mencuba untuk mempromosikan karya-karyanya dibeberapa buah program televisyen, namun, peluang tersebut jarang diberikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar Sharul tidak patah semangat untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti selepas ini.
“Tak mengapa bro. Aku still support semua karya dan lagu kau. Terus maju jaya dalam industri.
“Jangan pernah lelah untuk menghasilkan karya bermutu.
“Sabarlah. Dia lagi pentingkan rating dari bakat.
“Sabar rul memang industri macam tu. Kau pun dah lama kan dalam industri ni. Jangan sedih sedih hidup ni keras.
“Sabar je la. Zaman sekaran ni benda-benda sebegini di gemari sebab nak naikkan rating. Qualiti langsung tak ada. Yang penting saya support bro. Jangan berhenti menyanyi ye,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video nyanyian Ratu Farah Diva itu turut dikongsikan di laman Instagram Meletop.
Penyanyi Shiha Zikir bersyukur selepas namanya diumumkan sebagai penerima trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menerusi lagu Irama malam tadi, membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.
Tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya, Shiha mendedahkan konsep pancaran cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’ yang dibawa itu menelan kos lebih RM100,000 untuk direalisasikan.
“Alhamdulillah…. Kalau sebut mengenai undian, memang saya tak jangka. Tapi apabila bercakap soal persembahan, saya percayakan team saya dengan idea dan konsep serta pelaksanaan persembahan sehingga apa yang ingin dilakukan terhadap Irama menjadi kenyataan.
“Saya berhabis lebih RM100,000 dan elemen yang paling mahal dalam persembahan adalah lampu laser. Syarikat saya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record saling bahagikan kos ini.
“Meski pasti ada yang anggap pelaburan lebih RM100,000 tak setimpal dengan hadiah kemenangan bernilai RM12,000, tapi saya rasa puas kerana ini adalah minat, apatah lagi membuat persembahan di Axiata Arena adalah sesuatu yang saya impi-impikan” katanya.
Mengulas mengenai pertikinaian sesetengah peminat yang berpendapat persembahan ‘terbalik’ Naim Daniel menerusi lagu Mainan lebih layak diangkat sebagai Persembahan Terbaik, penyanyi lagu AEWO memilih untuk bersikap positif.
“Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu dia praktis ketika sesi latihan, saya cakap, gempaknya persembahan dia! Nak menyanyi sambil terbalik bukan mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada.
“Saya tak nak komen mengenai kata-kata negatif yang mempersoalkan kemenangan Irama. Saya faham masing-masing ada pendapat tersendiri, tak semua orang ada pemikiran yang sama.
“Dalam pendapat saya sendiri, jika masuk bertanding, pastinya semua orang nak menang. Jika saya masuk pun, sudah tentu saya mahukan kemenangan.
“Tapi sebelum ini, saya sudah sertai banyak program berbentuk pertandingan, jika ada orang lain menang, saya tidak akan menyalahkan sesiapa jika saya kalah. Ia dinilaikan oleh mereka yang arif dan berpengalaman,” katanya.
Shiha pada masa sama turut berharap agar semua pihak mempecayai ketentuan rezeki individu.
“Saya berharap kepada mereka yang mempertikaikan, kena ada kepercayaan kepada juri dan keputusan yang telah ditetapkan. Sudah tentu juri lebih arif dan profesional.
“Saya sendiri tak layak komen mengenai kemenangan kerana juri sahaja yang tahu sebab mereka memilih pemenang.
“Jika bercakap mengenai undian, lagilah saya tak yakin saya boleh menang. Sekiranya ia melibatkan undian, ramai lagi artis lain mempunyai sokongan peminat yang kuat. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah percaya kepada rezeki.
“Orang yang mengundi pun boleh nampak usaha yang diletakkan dan mereka yang mengundi mesti tahu mengenai persembahan.
“Saya tak cakap persembahan saya sahaja yang bagus, pastinya semua peserta pun dah buat sehabis baik, lebih-lebih lagi Naim, pertama kali saya lihat ada penyanyi menyanyi terbalik. Apa pun ia berbalik kepada rezeki,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi sesi Live di TikTok miliknya baru-baru ini, Puteri Sarah Liyana ada menjawab pertanyaan daripada peminatnya.
Antara lain, ada yang bertanya ada pendapat sekiranya Syamsul Yusof yang juga pengarah terkenal, dianugerahkan dengan gelaran Datuk suatu masa nanti.
Melihatkan soalan tersebut, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, terus tertarik untuk memberikan jawapannya berhubung persoalan yang diutarakan itu.
“Kak Sarah kisah tak kalau orang cakap nanti Syamsul jadi Datuk, kak Sarah tak jadi Datin?”
“Kenapa saya nak kena kisah, title ke apa ke, doesn’t matter for me.
“Yang penting saya bekerja, saya dapat duit saya sendiri.
“Saya boleh beli apa yang saya nak, shopping handbags ke apa ke,” kata Sarah dalam perkongsian tersebut.
Menurut Sarah, gelaran serta pangkat tidak membawa makna kepada dirinya sebaliknya, dia hanya ingin terus bekerja demi memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
“Yang saya nak, saya boleh bawa anak-anak pergi holiday.
“So, saya rasa title is not important, yang penting dalam bank banyak duit,” kata Sarah lagi.
Kes sebutan penceraian Sarah dan Syamsul dijadualkan berlangsung pada 7 Mac ini, sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.