Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, sekumpulan pelajar yang berada di luar restoran itu dilihat terlalu teruja melihat keberadaan Siti di premis terbabit.
Mereka juga sempat koyakkan buku latihan sekolah semata-mata untuk mendapatkan tandatangan daripada Siti.
Malah, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini juga dengan senang hati melayan permintaan kanak-kanak itu.
Bukan setakat itu, Siti juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan merakamkan gambar dengan peminat cilik tersebut.
Ads
Lebih istimewa, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut membuat kejutan dengan mempelawa pelajar-pelajar tersebut makan tengah hari secara percuma.
Para pelajar tersebut dilihat sangat teruja kerana berpeluang beramah mesra dan berinteraksi dengan lebih dekat dengan penyanyi nombor satu tanah air itu.
Netizen Puji Legasi Siti Merentasi Generasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperindian Siti yang sangat merendah diri selain turut menyifatkan pelajar-pelajar tersebut sebagai bertuah.
Ads
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen;
“Gen Alpha pun sayang Tok Ti tau.”
“Kalau macam ni, mak budak pun nak juga.”
Ads
“Sebab inilah Siti seorang Biduanita Negara. Impak kerjaya seni yang merentasi generasi. Ampuh kekal sehingga hari ini dengan karya-karyanya.”
“Mesti mak budak itu makan hati bila anak-anak mereka jumpa Siti dan siap belanja makan lagi.”
“Legasi Tokti tak pernah tamat. Kini gen alpha pula ambil alih.”
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 720,000 tonton dan dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila membuka pentas Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dengan muncul dari atas platform tinggi.
Siti memulakan persembahan menerusi dua buah lagu hitsnya iaitu Purnama Merindu dan Dialah Di Hati.
Menurut Siti, malam ini akan menjadi momen istimewa, terutamanya buat peminat yang sentiasa menyokong sepanjang tiga dekad bergelar anak seni.
“Malam ini malam Siti Zoners. Mari kita raikan.
“Masya-Allah, senak perut saya tengok anda semua. Bagi saya masa untuk menikmati view yang indah ini,” katanya sejurus membuat persembahan awal.
Siti turut menyifatkan SNBJ sebagai lokasi ikonik yang pernah menjadi sejarah bermakna buat dirinya sebagai anak seni.
“Malam ini akan jadi malam yang panjang. Malam ini lkasih sayang menerusi lagu saya yang anda mungkin dengar sejak kecil.
“Saya nak imbau 28 tahun yang lalu ketika Sukan Komenwel 1998. Konsert Fantasia pada 2004. Inilah tampatnya. Kecil sahaja pentasnya dulu. Kali ini lebih besar,” katanya lagi.
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berjaya menghimpunkan lebih 65,000 penonton setia yang mula memenuhi setiap ruang sejak pagi tadi.
Untuk hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan pemergian tragis bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon, Kianna Underwood, yang maut selepas terlibat dalam insiden langgar lari di Brooklyn, New York, pada Jumaat lalu.
Mangsa berusia 33 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Explorer berwarna hitam ketika sedang melintas jalan di kawasan Brownsville, sekitar awal pagi.
Menurut polis New York, kejadian tidak berakhir di situ apabila Kianna dilaporkan dilanggar buat kali kedua oleh sebuah kereta sedan berwarna hitam dan kelabu ketika mangsa terbaring di atas jalan.
Kedua-dua pemandu terbabit bagaimanapun tidak berhenti untuk menghulurkan bantuan sebaliknya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.
Pihak berkuasa mengesahkan kes itu kini disiasat sebagai kes langgar lari dan sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dilakukan. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Kianna pernah dikenali sebagai antara wajah muda berbakat dalam industri hiburan Amerika Syarikat, khususnya menerusi penampilannya dalam rancangan komedi sketsa popular Nickelodeon, All That, pada tahun 2005.
Beliau juga mengisi suara watak Fuchsia Glover dalam siri animasi kanak-kanak Little Bill yang disiarkan dari 1999 hingga 2004. Selain itu Kiana juga pernah mencipta nama di pentas teater apabila terlibat dalam jelajah kebangsaan muzikal Hairspray, membawakan watak Little Inez.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipunsudahsemingguberlalu, impak yang berjaya dicetuskanmenerusi acara Konsert Countdown KITA 2026 masihlagidiperkatakansehinggahariini.
Masakantidak, acara yang berlangsungmeriah di IOI City Mall itutelahberjaya menghimpunkanlebih 143,000 pengunjung, seterusnyamenjadikaniasambutanTahun Baharu nomborsatu di Malaysia!
Imbaumomenmenjelangdetik 12 tengahmalamketikaitu, paling mencuritumpuansudahsemestinyapersembahan luar biasa yang dibawapenyanyi, Amir Masdi yang membawakan lagu The Final Countdown di atas platform setinggi dua tingkat bangunan.
Spektakulardenganiringanpercikan bunga apisebagai simbolik menandakan kehadirantahun 2026, persembahanberkenaan disifatkanpeminatsebagaiantarapersembahan yang ikonik dan akandikenangsampaibila-bila.
Menurut Amir, ketika Astro berkongsimengenai idea gempak tersebut, dia juga turutteruja dan terusbersetujutanpaberfikir panjang.
“Sebenarnya idealuarbiasadaripadapihakproduksi Astro dan IOI City Mall yangmemberipeluangkepadasaya untuk menyanyi diarastingkat dua,denganlatar bungaapi yang memukau.
Menurut Naib PresidenKandungan GenNext, Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Konsert Countdown KITA merupakan salah satuusaha Astro untukmenghargaisokongan tanpahentimasyarakatsepanjangtahun 2025.
“Konsert Countdown KITA kiniberkembangmenjadi lebih daripada sekadarsebuahkonsertpenutuptahun.
“Iamencerminkankomitmen Astro terhadapkekuatan hiburan dalam menyatukan rakyat Malaysia, memberiinspirasiserta menciptakenanganbermaknabersama.
“Sambutanhangatsertatenagaluarbiasadaripada para penonton pada tahuninimengukuhkanlagikomitmen kami untukterusmenyampaikanpengalamanhiburan yang inklusif, bermakna dan memberiimpakkepadasemua,” kongsinya.
Sementaraitu, ikon muzik Tamil tempatan yang terkenaldengangenre Sambarock, Darkkey Nagaraja turutberjaya menggamatkansuasanaKonsert Countdown KITA 2026 lalu menerusilagu Puli Puli dan laguklasikkegemaranramai Akkamage.
Persembahantersebutbukansahajamenghiburkan peminat daripada kalanganberbangsa India, malahturutmembangkitkan keterujaan para penonton di IOI City Mall.
Aura luarbiasa yang dipersembahkan oleh Darkkeyjelas menunjukkan Malaysia kaya denganpersembahandaripada artis-artis berbilangkaum.
Penampilan Alpha juga berjayamencetuskanfenomena dan menjadikansuasanaKonsert Countdown KITA 2026 gegak gempitasaatmerekamuncul di pentas utama.
Sebelum acara utamadimulakan, para pengunjung terlebih dahulu dihiburkandenganbarisan-barisan artis meningkat naik di acara Tirai Konsert KITA yang bermula jam 4 petang.
Antara selebriti yang turutmenggamatkan pentas Tirai Konsert KITA 2026 adalahsepertiDanson ASQ, MIN ASQ, Jun Jun, Wani Kayrie dan barisanfinalis Raise The Star Malaysia seperti Zuana dan Rayme.
Pada sebelahmalam pula, antaraselebriti yang turut tidak ketinggalan menampilkanpersembahanhebat di Konsert Countdown KITA 2026 termasuklahNadeera Zaini, KLP48, Alleycats, Ella, Hael Hussaini dan ramailagi.
Konsert Countdown KITA 2026 turutmenampilkanbarisan artis baharuseperti Didie Shazry, Auddra dan Marsya TTMM.
Konsertinidihoskan oleh tigapengacarahebatiaitu Nabil Ahmad, Yoon Ng dan Revathy Mariappan yang berjaya menghidupkansuasanasehinggadetikambangtahunbaharu.
Bagi penonton yang terlepasmenyaksikandetik-detikistimewa inisecaralangsung, persembahan-persembahanhebatdaripadaAstro Home of Live bolehdistrimsemulamenerusipakej Astro One atausooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmatihiburanterbaik seisikeluargadengan Astro One — kinidenganakseske Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulanuntuk momenbersama yang lebihbermakna.
Untuk hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Spekulasi mengenai tarikh kahwin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kembali diperkatakan warganet apabila tular sekeping gambar yang mendakwa...