Pelakon, Uqasha Senrose menjadi mangsa ‘body-shaming’ netizen apabila memuat naik foto terbaru di laman Instagramnya semalam.

Dalam foto tersebut kelihatan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu sedang makan sepotong kek namun lain pula yang dikomen netizen.

“Gemok dah,” tulis seorang netizen.

 

“Ee gemokss,” tulis netizen lain pula.

 

“Gendut,” tulis netizen.

Sebelum ini, Uqasha juga pernah berhadapan dengan isu sama apabila ada netizen yang menegur perubahan fizikalnya yang kelihatan lebih berisi awal tahun ini.

Namun begitu, masih ramai netizen yang memberikan komen-komen positif terhadap Uqasha.

Pada MH, isu ‘body-shaming’ ini tidak sepatutnya terus menjadi isu dalam masyarakat kita apatah lagi ia merupakan satu sikap yang ‘tidak sihat’.

Apa-apapapun, MH harap supaya tiada lagi isu seperti ini berlanjutan tidak kiralah kepada para selebriti ataupun di kalangan netizen sendiri. Stop body-shaming!

Foto/Instagram: Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI