Tahniah diucapkan buat pelakon, Nisha Dirr yang telah selamat melahirkan bayi lelaki, pagi Jumaat, selepas tiga hari menahan sakit kerana bersalin secara ‘induce’ di Hospital Umra, Shah Alam, Selangor.

Menurut Nisha,38, dia dimasukkan ke hospital sejak Rabu.

“Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku Ayden “Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku Ayden

“Pada hari Rabu, saya dimasukkan ke wad dan diberikan induce pertama. Namun saya diberikan induce sekali lagi pada keesokannya.

“Hari Jumaat saya dimasukkan ke wad bersalin. Ingat dapat lahirkan bayi secara normal, tapi air ketuban dah pecah dan saya rasa sakit sangat.

“Apa lagi, saya terus dikejarkan ke wad kecemasan untuk pembedahan. Doktor risau kalau apa-apa berlaku kepada bayi, jadi terpaksalah saya lahirkannya secara pembedahan,” katanya, memetik Wilayahku.

IKLAN

Dia pada sama mendedahkan nama permata hatinya iaitu Tengku Ayden Tengku Kamirul Rashid dan kini berada dalam keadaan sihat.

Jelas pelakon drama Spa Q ini, kesakitan selama tiga hari hilang sebaik sahaja menatap wajah Ayden.

“Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku Ayden

IKLAN

“Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku Ayden “Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku Ayden

“Alhamdulillahi rabbil alamin, pujian dan syukur saya serta suami panjatkan kepada Allah SWT atas barokah dan rahmatnya atas kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat, 6hb Ogos 2021 dengan berat 3.25kg.

“Rasa sakit terus hilang apabila tengok wajah Ayden. Gembira tu lain macam Allah sahaja yang tahu.

IKLAN

“Sempena kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat yang penuh barakah, kami telah memberikan nama anakanda kami Tengku Ayden Alauddin.

“Ayden bermaksud berpendidikan, kebijaksanaan dan intelektual. Manakala Alauddin pula merujuk kepada ketinggian agama dan kemuliaan agama. Diiringi doa semoga menjadi anakanda yang soleh berbakti kepada agama, keluarga dan bangsa. Amin,” katanya.

“Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku Ayden “Gembira Tu Lain Macam, Allah Saja Yang Tahu,” – Nisha Dirr Selamat Bersalin ‘Induce’, Namakan Baby Boy Tengku AydenUntuk rekod, pemilik nama lengkap Nik Shahri’ah Nik Dir ini mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil pada Julai 2020.

Foto: Instagram Nisha Dirr

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI