Baru-baru ini Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad memperlihatkan beliau menaiki MRT bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah mencuri tumpuan ribuan mata penduduk Malaysia.

Nampaknya, cuti pada Isnin sempena kecemerlangan kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dimanfaatkan mereka dengan mencuba kemudahan awam terbaru yang menjadi kebanggaan negara itu.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Tun Mahathir, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan beliau duduk bersama isteri di stesen MRT di laman Facebook miliknya.

Gelagat Tun Mahathir Ditemani Isteri Naik MRT Tarik Perhatian

“Bersama isteri naik MRT Sg. Buloh-Kajang hari ini.” tulis bekas perdana menteri itu dengan ringkas pada gambar tersebut.

Ruangan komen di Facebook bekas menteri itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

Gelagat Tun Mahathir Ditemani Isteri Naik MRT Tarik Perhatian

IKLAN

Beliau juga memuatnaik beberapa gambar lagi menunjukkan mereka duduk bersama menunggu di ruangan menunggu sebelum MRT sampai. Dilihat Tun sendiri dilihat merakamkan gambar sepanjang perjalanannya dan isteri.

Gelagat Tun Mahathir Ditemani Isteri Naik MRT Tarik Perhatian

Beliau yang segak berkemeja biru turut berkongsi beberapa keping gambar ketika sedang menaiki kenderaan awam tersebut dengan para pengikutnya.

Perkongsiaan Tun itu telah menerima lebih daripada 86,000 likes dan lebih 4042 perkongsian. Rata-rata pengikutnya tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih atas semua idea pembangunan dan pengangkutan beliau di Malaysia.

IKLAN

Rata-rata mendoakan agar Tun dan isteri sentiasa dalam keadaan sihat.

Tun ialah Menteri yang keempat yang diberi gelaran Bapa Pemodenan kerana telah melaksanakan pelbagai projek moden sepanjang 22 tahun menerajui negara Malaysia.

Antaranya, ialah pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang dan perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT).

IKLAN

Gelagat Tun Mahathir Ditemani Isteri Naik MRT Tarik Perhatian

Gelagat Tun Mahathir Ditemani Isteri Naik MRT Tarik Perhatian

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI