Kedua-dua beranak ini gelak sakan melihat video di paparan skrin Hairul Azreen. Yusuf Iskandar dilihat meniru aksi meniup lilin dan terus ketawa besar melihat gelagat sendiri yang dirakam.
Pelakon Paskal ini menerusi kapsyen di Instagram menulis “suka pulak dia tgok video dia sendiri, video apa?? pergi tengok dekat ig @theyusufiskandar.”
Strategi bijak mempromosi akaun Instagram anaknya yang kini sudah mencecah 2.6 juta pengikut, perasaan ingin tahu netizen diterjemahkan dengan jumlah tontonan yang mencecah lebih 600,000 tontonan dalam masa hanya beberapa jam.
Video menunjukkan Yusuf meniup lilin di aplikasi pintar yang merubah wajahnya menjadi ‘hantu’ comel dan seterusnya muncul kucing hitam menghiasi skrin. Lucu banget.
Pemergian penyanyi Indonesia bersuara lunak, Emilia Contessa, pada Isnin, 27 Januari 2025 meninggalkan rasa duka dalam dunia hiburan Nusantara.
Disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Blambangan, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, dia yang menutup hidup pada usia 67 tahun dilaporkan menghidap penyakit diabetes.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh adik bongsunya, Dino Rosano Hansa, ketika ditemui oleh media tempatan.
Jelasnya, arwah kakaknya itu dibawa ke RSUD pada jam 7 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) kerana mengeluh tidak sihat sejak malam sebelumnya lagi.
Kesihatan Emilia terus merosot dari waktu ke waktu sepanjang berada dibawah perawatan dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang WIB
“Jadi Allahyarhamah memang memiliki penyakit diabetes dan dari hasil pemeriksaan pasukan doktor yang merawat, tahap diabetesnya terus meningkat naik bermula dengan bacaan 400, 350 dan kemudiannya 500 sampai drop,” kongsi Dino lagi.
Kehebatannya dalam dunia seni membuatkan Emilia diberi gelaran Singa Pentas Asia oleh majalah Asia Week.
Selain itu dalam laporan lain, pelantun lagu Penasaran ini turut menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa mendapatkan perawatan untuk kedua-dua sakit yang dihidapinya.
Imbas kembali, Emilia atau nama penuhnya, Nur Indah Citra Sukma Munsyi, memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi sebagai seorang penyanyi.
Dia kemudiannya mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan menjadi antara pelakon terkenal di Indonesia.
Sekadar info, Emilia pernah berduet dengan penyanyi popular Malaysia, Liza Aziz, dalam sebuah lagu bertajuk Dari Jauh hasil ciptaan Ross Ariffin dan Amran Omar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menampilkan foto pasangan romantik ini di atas pelamin, Nora Ariffin menerusi laman Instagram menitipkan kata-kata hiba genap dua tahun ditinggalkan arwah suami, Johan Nawawi.
“Hari ni 24/3/2019, genap 2 tahun Johan Nawawi meninggalkan saya.
Akur dengan kehendak Allah, tiada apa yang kekal dalam hidup ini. Seperti kata-kata hikmah yang pernah diucapkan seseorang, di saat kau mula menyintai seseorang, bersedialah untuk kehilangannya suatu hari nanti.
Al-Fatihah untuk Johan Nawawi.
Foto – Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Ramlah Ram berkongsi detik hatinya istiqamah seterusnya terbuka hati untuk mengenakan hijab lebih 10 tahun lalu.
Jelasnya Ramlah, sebagai selebriti yang telah lama terlibat dalam seni, dia lebih terdedah kepada pandangan orang ramai.
Malah, bintang yang sinonim menerusi lagu Selamat Jalan Romeo ini juga menambah, pada fikirannya mungkin amalan yang dicatatkan di bahu kirinya itu lebih hebat berbanding individu lain.
“Sewaktu pasang niat mahu berhijab, saya fikirkan sebagai selebriti berapa ramai manusia yang telah melihat aurat saya jika dibandingkan dengan orang lain.
“Saya tahu, ramai juga artis yang risau, bila berhijab tawaran mungkin kian berkurang, namun saya berpegang pada satu, rezeki itu hanya Allah yang pegang.
“Jadi, kenapa saya perlu takut bila membuat perkara baik. Ketika itu saya tekad dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” jelas Ramlah yang turut mengakui, perkara ini juga terletak kepada pandangan masing-masing.
Pada masa sama, pemergian bapa tercinta turut menyebabkan dia nekad untuk terus berhijrah menutup aurat.
“Apabila arwah bapa meninggal, terus saya nekad untuk terus berhijab. Saya buat keputusan secara spontan dan tidak pernah buat pengumuman rasmi.
“Biarlah apa yang saya usahakan ini, diberkati dan biarlah Dia yang menghakimi. Kita manusia yang tidak sempurna.
“Doakan yang baik-baik buat semua, insyaAllah,” kata Ramlah.
Dalam perkembangan lain, penyanyi asal Johor ini telah melancarkan single berjudul Masar Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 menyaksikan pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha, mencipta momen gemilang apabila dinobatkan sebagai penerima Ultimate Award pada acara gilang-gemilang...