Model yang juga finalis pencarian Dewi Remaja 2015/16, Deja Eshrina bengang apabila mengetahui seorang individu tidak dikenali dipercayai isteri orang memuji suaminya yang juga seorang model, Faruq menerusi direct message (dm) menerusi aplikasi perkongsian foto, Instagram.

“Gataiii” – Finalis Dewi REMAJA, Deja Eshrina Bengang Bila Isteri Orang Beranak Dua DM Suaminya!

Difahamkan, teks tersebut yang diberikan wanita berkenaan pada awal Mei lalu itu dikatakan ada memuji ketampanan suaminya yang juga merupakan seorang model, selain bertanya lokasi dan umur.

“Gataiii” – Finalis Dewi REMAJA, Deja Eshrina Bengang Bila Isteri Orang Beranak Dua DM Suaminya!

IKLAN

Pada masa sama, individu terbabit juga turut menyukai gambar-gambar yang dimuat naik model lelaki berkenaan.

Deja menerusi sebuah posting di FB baru-baru ini memberitahu, daripada memuji suami orang lain, lebih baik memberikan pujian terhadap suami, sekali gus mendapat pahala.

“Gataiii” – Finalis Dewi REMAJA, Deja Eshrina Bengang Bila Isteri Orang Beranak Dua DM Suaminya!

IKLAN

“Kak oii. Akk tu isteri org. Ada suami. Ada anak 2 orang lagi. Akk da kenapa suka tgk suami sy? Asenya kat ig suami sy byk je gamba dia dgn anak kami dgn kami bagai APO?

 

“Terima kasih puji suami sy tp lg elok akk puji dan tgk dan usya gamba suami akk atau tatap wajah suami akk 24 jam dapat PAHALA kak,” tulis Deja.

Pada masa sama, dia juga tidak faham dengan segelintir wanita yang dilihat cuba untuk mendekati suami orang lain.

“Gataiii” – Finalis Dewi REMAJA, Deja Eshrina Bengang Bila Isteri Orang Beranak Dua DM Suaminya!

IKLAN

“I xbole brain da. Segelintir Perempun zaman skrg ta kisah la anak dara x berapa dara atau janda atau isteri org atau siapa2 jela da kenapa suka sgt dgn suami org? Kau da x mampu nak cari lelaki bujang ke mcm mne (i cakap segelintir je ok bukan semua or etc),” tulisnya lagi.

Deja atau nama lengkapnya, Nurul Hasrina Sabri mendirikan rumah tangga bersama Faruq Fadhullah yang juga merupakan finalis Lelaki Maskulin dua tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Menerusi pencarian Dewi Remaja yang dijuarai Raysha Rizrose itu, Deja ketika itu turut bersaing dengan Mawar Rashid, Puteri Aishah, Syamim Farid dan ramai lagi.

Foto: Instagram dan FB Deja.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI