Meksi masih belum ditayangkan, namun tempias sambutan menggalakkan daripada pencinta drama rantaian Melayu, Pengantin Musim Salju turut diterima salah seorang pelakonnya, iaitu Adam Lee.

Biar masih lagi baru dalam dunia lakonan, namun sepupu kepada pelakon Janna Nick nyata gembira apabila setidak-tidaknya, penampilan menerusi drama arahan Michael Ang itu memberi reputasi baik buat dirinya, khasnya menerusi media sosial.

Gara-Gara Pengantin Musim Salju, Followers Instagram Aktor Baru Adam Lee Naik Ribu-Ribu!

Katanya kepada MH, dia sendiri tidak menyangka mengenai maklum balas sedemikian dan mengganggap ia merupakan signal baik terhadap drama tersebut apabila ditayangkan pertengahan Mei nanti.

“Memang tak sangka ramai yang tak sabar nantikan drama tersebut dan saya sendiri terkena tempias apabila pengikut di Instagram naik ribu-ribu jugaklah. Saya tak pasti berapa banyak, mungkin sekitar 5,000 sejak pihak produksi dan para pelakonnya mulai promosikan drama itu di laman sosial.

 

“Yelah sebab pelakon utamanya pun dikenali iaitu Siti Nordiana dan Alif Satar yang sekurang-kurangnya turut memberi impak kepada produksi dramai ini secara keseluruhannya,”katanya jujur.

Gara-Gara Pengantin Musim Salju, Followers Instagram Aktor Baru Adam Lee Naik Ribu-Ribu!

IKLAN

Ditanya mengenai sejauh mana dia melihat perkembangan kerjayanya setakat ini, pemilik nama lengkap  Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee ini mengakui meski popularitinya tidaklah serancak rakan seangkatan, namun dia menyambut baik penerimaan peminat.

Adam juga tidak mahu terburu-buru untuk merebut peranan hero kerana bimbang tidak mampu membawa watak utama dengan baik.

IKLAN

“Buat masa ini, saya lebih selesa bawa watak pembantu terlebih dahulu bagi menimba pengalaman sebelum membawakan utama. Meski tawaran untuk bawa peranan sebagai hero tu belum ada, tetapi lebih baik untuk saya belajar berlakon dulu sebab berlakon bukan suatu yang mudah.

 

“Bimbang juga kalau terburu-buru menerima tawaran peranan utama dan masih belum bersedia penonton akan kecam dan kata lakonan saya ‘kayu’. Jadi, lebih baik mula dari bawah dan timba ilmu sebanyak mungkin sebelum benar-benar bersedia,” katanya lagi. 

Gara-Gara Pengantin Musim Salju, Followers Instagram Aktor Baru Adam Lee Naik Ribu-Ribu!

Terdahulu, pelakon berusia 24 tahun ini ditemui sejurus pelancaran program sempena Ramadan di Astro yang diadakan di Wow KL, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

Foto: Instagram Adam Lee

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI