Gara-Gara Foto Hannah Delisha Lap Tisu Pada Dahi Syukri Yahaya, Hairul Azreen Ugut Nak Kasi Tahu Isteri Tuan Badan!

Share

Awal malam tadi, pelakon Shukri Yahaya ada berkongsi sekeping foto yang diambil menerusi salah satu babak di dalam drama bersiri baru lakonannya, 30 Pesanan Suara yang kini rancak bersiaran.

Lalu, bapa kepada seorang cahaya mata itu ada menulis kapsyen berbaur humor dan apa yang menariknya, pelakon Hairul Azreen turut meninggalkan komen yang ‘mengundang’.

“Bagi tahu Tya!,” komen Hairul terhadap foto yang merakamkan aksi Hannah yang sedang  mengelap dahi Syukri dengan tisu.

Lebih menarik, Syukri Yahaya turut meninggalkan komen balas sejam selepas itu.

“Eh kau kaki mengadu eh,” balas Syukri lalu disambut para peminat yang rata-ratanya terhibur bila membaca komen balas dari sesama rakan industri.

Terdahulu, drama 30 Pesanan Suara yang ditayangkan setiap Isnin hingga Ahad, jam 7.00 di slot Akasia TV3.

Foto: Instagram Syukri Yahaya

IKLAN