Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui dia terlalu berhati-hati di dalam memilih teman lelaki. Bukan kerana trauma, Amira bagaimanapun memberitahu, dia mengharapkan lelaki yang serasi dengan personalitinya yang terlalu kuat cemburu.

Tidak menolak belum ada bibit cinta pada ketika ini, penyanyi berusia 25 tahun itu masih mengharapkan jodoh sesuai kerana targetnya untuk menamatkan zaman bujang dua tahun lagi.

“Tahun ini, umur saya sudah 25 tahun. Saya target untuk kahwin mungkin pada usia 27 tahun kot. Saya pun tak mahulah lama-lama. Cuma siapa jodoh saya tu, hanya tuhan yang tahu. Kalaulah ada lelaki yang sesuai, baik dan kena dengan karektor saya yang kuat cemburu ni. 

 

“Harap dia nanti bukanlah di kalangan artis. Sebab saya seorang yang kuat cemburu. Entahlah… memang saya begitu. Kalau dalam dunia seni ni kita pasti akan jumpa ramai orang. Susah saya sendiri untuk fahami dia nanti meski saya pun artis. Rasanya lebih baik kalau orang itu tiada kena mengena dengan industri,” katanya jujur kepada MH.

Ads

Dalam perkembangan lain, Amirah yang kini muncul menerusi single terbaru, Mimpi Indah juga turut memberitahu dia tidak rasa ralat andai ada yang memberi pandangan bahawa lagu berkenaan seperti kurang impak, sebagaimana single sulungnya, Hati-Hati.

Mengakui setiap lagu itu mempunyai tempoh tertentu untuk dikenali, Amirah turut positif terhadap penerimaan ramai terhadap lagu barunya itu. Sehingga ini, muzik video Mimpi Indah sudah pun ditonton hampir 800,000 tontonan sejak dimuat naik hujung Januari lalu.

Ads

“Kalau nak diikutkan, Hati-Hati pun ambil masa lapan bulan untuk dikenali. Mimpi Indah baru lagi tiga bulan dilancarkan. Jadi setakat termampu, saya memang sedang usahakan untuk promosikan lagu tersebut. Malah, ada juga perancangan untuk melancarkan duet bersama adik, Irfan Haris.

 

“Lagunya mungkin balada. Cuma kena tunggu dia habis sekolah dulu. Kalau boleh pada fasa sekarang, saya mahu dia utamakan pengajian terlebih dahulu,” akhiri Amira yang bakal muncul menerusi filem komedia islamik yang diarahkan Mawi.

Turut sama terlibat di dalam filem tersebut ialah Hazama dan Zoey Rahman.

Ads

Foto: Instagram Amira Othman

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI