[GAMBAR] Wow, Ini Barisan Artis Yang Hadir Ke Majlis Pertunjukan Fesyen Raya #rizalmanforzalora2019…Letup Habis!

Share

Pereka fesyen terkenal Rizalman telah mengadakan pertunjukan fesyen istimewa bagi koleksi terbarunya untuk musim raya tahun 2019, semalam.

Koleksi raya Rizalman kali ini sekali lagi berkolaborasi bersama fesyen online terkemuka, Zalora.

Pertunjukan fesyen yang berkonsepkan Raja Inggeris itu telah berlangsung di Chin Woo Hall, Kuala Lumpur.

Ramai di kalangan vip telah hadir ke pertunjukan fesyen itu bagi memeriahkan lagi suasana pertunjukan tersebut, termasuk rakan selebriti yang tidak kalah gaya.

Jadi jom kita lihat antara selebriti yang telah hadir ke pertunjukan fesyen Rizalman semalam. Memang wow semuanya!

1. Neelofa 

2. Izara Aishah

3. Ziana Zain 

4. Hael Husaini

5. Awal Ashaari

6. Scha Al-Yahya

7. Farah Nabilah

8. Sherry Ibrahim 

9. Dayang Nurfaizah 

10. Marsha Milan Londoh

 

Sementara itu, koleksi musim raya yang terbaru rekaannya ini turut hadir dengan 75 rekaan dan telah mulai dijual Selasa lalu. Kesemua rekaan hanya boleh didapati di laman fesyen online terbabit.

Rizalman turut memberi dedikasi istimewa di Instagram miliknya, beberapa jam lalu.

Sumber : Instagram Selebriti

IKLAN