Susulan kenyataan yang dikeluarkan isterinya, Nelissa Nezam, Ammar Alfian membalas kenyataan isterinya, Nelissa Nezam itu.
Bagaimanapun, bintang Paskal ini tetap positif apabila sesetengah netizen mengecam tindakannya yang didakwa telah berlaku curang saat Nelissa sarat hamil enam bulan.
“Nak hina hinalah. Mahu menilai saya dari kesalahan saya, terpulanglah.
“Saya tak sempurna dan tak akan jadi sempurna. Saya sentiasa mahu memperbaiki diri dari hari ke hari. Sebelum ini, saya mudah naik angin apabila ada yang memandang saya pelik.
“If a girl bitching about me it’de be touch and leave.The young me.
“Sekarang umur saya sudah meningkat. Saya tak buat semua itu lagi.
“Apa yang saya cuba katakan ialah saya tidak begitu baik, saya juga tak pernah kata yang saya baik. Tapi saya CUBA! Saya cuba untuk jadi seorang Muslim, suami dan bapa yang baik.
“Kepada semua orang di luar sana, saya bukanlah contoh terbaik. Kita ambil yang jenih, kita buang yang keruh.
“Saya juga sedang mencuba memperbaiki hubungan rumah tangga saya. Insyallah.
“Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan dan mendoakan kami. Semoga Allah merahmati kalian,” tulisnya.
Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa kecewanya apabila Instagram pendakwah selebriti dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad telah digodam.
Perkara itu dikongsikan Fizo menerusi Instgaram miliknya.
“Sorry to announce akaun ig Prof Muhaya telah digodam.. Sy agak kecewa sbb mmg dah jd rutin harian sy setiap pagi, sy akan tengok ig bonda dan sebenarnya bnyk ilmu tntg kehidupan, kerohanian, ketenangan & motivasi yg memberi manfaaf kpd semua,
“Saya percaya ramai follower sy pun dpt bnyk manfaat drpd akaun tersebut.. Sama-sama kita doakan akaun tersebut dpt dikembalikan semula supaya bonda dpt meneruskan memberi manfaat dan motivasi kpd kita semua,
“Btw ada sesiapa yg boleh bantu tak utk recover akaun tu balik, boleh komen & dm sy,” kongsi Fizo.
Santai dan bersahaja. Itu gelagat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beraksi di dapur.
Momen tersebut dikongsikan penyanyi lagu Anta Permana itu di Instagramnya.
“Masak apa tu CT? Kalau nak tengok gelagat saya di dapur, jangan lupa tonton video penuh di youtube Siti Official Video. Jangan lupa subscribe ya!!,” tulinya.
Sambil menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, TokTi dilihat seronok memasak beberapa juadah enak.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa itu.
Sementara itu, menerusi video rasmi Siti Official Video di Youtube, gelagat puteri kecilnya,Siti Aafiyah turut memasuki ruang dapur, lalu didukung TokTi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 300,000 tontonan di Youtube.
Video : Intagram CTDK/ Youtube / Siti Official Video
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Meerqeen menjelaskan adegan mendukung heroin, Hannah Delisha dalam siri terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) dilakukan atas tuntutan skrip dan kehendak pengarah.