[GAMBAR] “Umur Baru, InsyaAllah Jadi Orang Baru Juga,” – Majlis Doa Selamat Norman Hakim Umur Cecah 43 Tahun

Share

Semalam, pelakon Norman Hakim telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-43 tahun bersama isteri tercinta, Memey Suhaiza.

Norman dan Memey turut berkongsi beberapa video baru-baru ini apabila dia mengadakan doa selamat di kediamannya.

“Ya Rabb tq mama @abby_abadi112 .Tanpa support awak,tak mungkin saya mampu jadi papa yg terbaik buat anak2..

“Terus berada dibelakang saya bersama abah @jaiezzany & mummy @memeysuhaiza k untuk beri segala yg terbaik buat anak2.

“Umur baru, inshaALLAH jadi org baru juga, lebih baik dari hari2 yg sebelumnya ye. Semoga terus menjadi Papa yg bertanggungjawab utk anak6.

“Anak6 dengar nasihat kita.. tp dorang akan lebih ikut contoh yg kita buat depan mereka. Jadi sama2 beringat,” tulis Norman. 

Dalam pada itu, Norman ada berkongsi sekitar foto menarik.

“Ter’kena’ lagi! Wifey @memeysuhaiza dok tahan lambat2kan kita nak keluar, bagi mcm excuses itu ini,mintak ambikkan gambar ootd la.. ,videos itu ini la..rupa2nya ‘ada seafood disebalik mee’,pakat dengan team HQ,my beloveds #EphyraFamily

“Tq so much my dearies keluarga #Ephyra untuk ingatan dan doa.Sangat2 menghargainya.

“Saya ada share sikit moment ni kat #InstaLive saya termasuk my biggest birthday wish untuk tahun 2019 Masihi,” tulis Norman lagi. 

Terdahulu. Norman telah menyambut ulang tahun kelahiran (pre-celebration) awal tiga hari sebelum hari jadinya (semalam).

Foto / Video : Instagram Norman Hakim

IKLAN