[GAMBAR] “Ulang Tahun Merisik,”- Pengacara TV, Fedtri Yahya Throwback Foto Dengan Isteri 8 Tahun Lepas

Share

Pengacara TV, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi sekeping foto di akaun Instgaramnya baru-baru ini.

Foto throwback itu dikongsikan Fedtri ketika mahu merisik isterinya, Nurul Anati.

“15 Januari 2011. Ulangtahun merisik…

“Pejam celik pejam celik dah 8 tahun,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Lalu, netizen telah meninggalkan komen dan mendoakan agar hubungan mereka kekal selamanya.

Selang beberapa bulan kemudian, pasangan itu berkahwin pada 28 Mei 2011 di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Mereka kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, Indah Rauvda Inaara, 2 dan Ahmad Firaas Mevlana, yang dilahirkan 6 Januari lalu.

Foto : IG Fedtri Yahya

IKLAN