[GAMBAR] Tunai Wasiat Arwah Bapa Sanding Semula, Ini Foto-Foto Menarik Majlis Sanding Datuk Fazley Yaakob & Datin Azrene Soraya Abdul Aziz Malam Tadi

Share

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menafikan, majlis persandingan semula bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz adalah sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapa, Datuk Yaakob Mohammad.

Malah, majlis yang diadakan awal malam tadi juga merupakan simbolik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13, memetik mStar Online.

Tambah Fazley, arwah bapanya pernah berpesan meminta mereka untuk bersanding semula dan amanat tersebut sekali lagi disampaikan seminggu sebelum kematian Allahyarham pada 8 Februari 2016.

Terdahulu, kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media hadir meraikan sesi resepsi yang  bertemakan tradisional moden itu.

Pelbagai pengisian menarik sepanjang majlis, termasuk memori rakaman ucapan istimewa ucapan arwah bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun yang mengundang rasa sebak di hati para tetamu.

Dilangsungkan di Laman Lanai Neo Damansara, pasangan ini bernikah pada 7 November 2005.

Sama cantik sama padan, berikut merupakan foto-foto istimewa sepanjng majlis berlangsung.

Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob

IKLAN