Amboi… bertuah betul penyanyi Elly Mazlein apabila kekasih tercinta, yang dikenali sebagai ‘Papa’ atau ‘Awan Nano’ ada menghadiahinya sepasang baju raya termasuk buat anak tunggal, Putri Sara Sephia dalam rona biru sedondon.
Berkongsi entri tersebut di Instagram baru-baru ini, penyanyi Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas pemberian dari si dia.
Malah, bintang yang sinonim dipanggil Kak Lina ini juga turut bertanya kepada peminat mengenai warna tema baju raya tahun ini.
Ads
“Yeayyyyyy tq Sayang Papa #AwanNano sediakn baju raya utk Manja Sara Sefhia & Mama.
“Warna tahun ni ikut tema En Abe Kelate
Ada sapa2 baju raya sama warna mcm kepom & Family?,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #tanjungmalim #kualakrai.
Ads
Sejak awal tahun ini, Elly sudah pun mengakui sedang mengenali hati seorang jejaka dan turut memaklumkan keduanya sudah saling bertemu keluarga.
Ads
Bagaimanapun, pengacara Bintang Bersama Bintang ini masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah lelaki yang kini beraja di hati.
Pelakon dan pengacara Hefny Sahad mengakui ada berhubung dengan bekas kekasihnya pelakon Uqasha Senrose, meski umum mengentahui kisah cinta mereka yang akhirnya terputus di pertengahan jalan, tahun lalu.
Katanya kepada MH, dia dan Uqasha masih ada hubungan baik meski masing-masing kini tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin.
“Jujurnya, saya adalah berhubung dengan Uqasha dan kami bertanya khabar masing-masing. Kadang-kadang dia tanya khabar dulu, kemudian saya pun ada lakukan perkara sama.
“Tiada sebab kamj nak bermasam muka atau bermusuh memandangkan kami berpisah pun secara baik, malah masing-masing dah matang. Lagi pun, saya juga baik dengan ahli keluarganya.
“Malah saya juga pernah berlakon sama dengan adik Uqasha juga sebelum ini. Jadi tak manis kalau saya putuskan hubungan silaturahim,” jelas Hefny jujur.
Bagaimanapun, bintang yang mulai dicungkil bakatnya menerusi program On Air itu mengakui setakat ini, dia tidak melihat jalinan baik di antara bersama kakak kepada Nelydia Senrose itu boleh kembali intim seperti dulu.
“Setiap perhubungan membuatkan saya lebih matang dan mengenali diri sendiri.
“Bercinta balik? Rasanya tidaklah kot. Selepas putus cinta dengan Uqasha saya rasakan kami lebih sesuai untuk berkawan sahaja.
“Akan tetapi, saya tiada masalah jika bertemu dan mahu digandingkan dengan Uqasha dalam filem atau drama,” akhirinya.
Terdahulu, Hefny bersama beberapa pelakon lelaki lain ditemui media pada majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, minggu lalu.
Foto: NCIG, Instagram Hefny & Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gadis remaja yang mulai dikecam netizen selepas foto selfienya bersama Aliff Aziz yang agak kurang sopan mulai tular sejak awal pagi semalam akhirnya membuat permohohan maaf secara terbuka, awal malam tadi.
Kenyataan tersebut dimaklumkan menerusi Instagram dan menerusi ruangan kapsyen, dia turut memaklumkan apa yang berlalu adalah berpunca dari rakan yang dengki.
“Saya minta maaf sangat2 semua tu bukan salah saya dn semua ni dri kawan yg dengki sampai post mcm2 hingga la jadi isu sampai mcm ni klau rasa tak tahu kebenaran boleh tanya alif sendiri,” tulisnya.
Turut dilampirkan di entri sama ialah penjelasannya terhadap insiden viral itu.
Katanya, dia mengenali Aliff di sebuah majlis tertutup dan tidak melakukan apa-apa kerana masih tahu batas.
“Saya mengaku walaupun merakam gambar bersama Alif, saya tak ada buat apapun. Saya kenal Alif ketika pesta tertutup. Saya masih tahu batas.
“Semua ini berpunca kerana dengki sehingga gambar itu menjadi pencetus gosip. Sampai saya buat live pun mereka rakam sebab iri hati saya bergambar dengan artis dan memburukkan saya,” antara kenyataan yang ditulis gadis yang dikenali sebagai Mel itu.
Selain foto berdua yang diperkatakan itu, turut tersebar ialah rakaman video live Instagram yang melibatkan mereka.
Foto: Instagram Nismell
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Datin Shahida yang kini sedang dirawat di hospital akibat pendarahan sebelum ini ada menerima kunjungan pihak berkuasa yang mengarahkan agar dia membawa anak-anak ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan pakar kanak-kanak.
Ulasnya, laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mungkin menyebabkan dia terpaksa melakukan rutin tersebut buat kali kedua walaupun menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, tiada kesan penderaan emosi dan fizikal pada anak-anaknya itu.
Bagaimanapun menerusi posting terkininya awal semalam, keratan artikel menunjukkan pertubuhan NGO lain ada membuat laporan mengenai perilaku melibatkan suaminya.
“Polis dah dtg rumah saya soal siasat semua bibik n anak2 saya…lebih 10 orang.. ambik gambar pun sudah.. esoknya saya diarahkan pergi JKM pun sama dah soal anak2 saya semua.
“Lepas tu saya diarahkan ke hospital Sg. Buloh juga buat pemeriksaan dengan pakar kanak2.
“3 doktor cek anak saya…. cek seluruh badan juga…. jadi ni nak saya pergi kali kedua ke mcm mana nak bg puas hati???mcm mana NG0 ni boleh keluar statement tiada tindakan dibuat??? so funny!!!
“Menurut JKM setelah disiasat…. mereka kata tiada kesan penderaan emosi mahupun fizikal pada anak saya,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, Shahida juga memaklumkan dia juga tidak menyatakan pendirian terhadap apa yang dilakukan suaminya, Aliff Syukri baru-baru ini terhadap Qadeja.
“Awak tengok anak saya ada alami masalah kemurungan dan emosi ke??…saya x kata pun tindakan suami saya betul.
“Memang salah tapi lepas dah saya lalui semua pemeriksaan ni mereka nak apa. lagi? Video tu x tunjuk pun anak saya kena rotan,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu ibu mertuanya, Rozita Ibrahim turut memberikan respon di posting terbabit.
“Please lah xkan anak sy nak bunuh anak kot poyo sgt NGO semua ni kenapa..kalau jahat betul kri tu sy yg bunuh dan jatuhkan dia sbb buat cucu sy..kes dera anak org lain u all x kisah pun.
“Kri mmg suka main video dn glamer ..org x kenal dia..kami sgt kenal dia ..berhenti boleh x..kami x perlu lagi penyelamat2 hero malaya ni ..hormat lah privacy dia..perhatikan kat situ ada x dia delete video tu ..wlu dia tau akn bahaya sbb dia just dia nk tarik viral ..bukan seperti org tengok ..sy x bela dia tp sy kesiankan ida dan cucu sy,” tulisnya di ruangan komen.
Malah, Aliff juga turut sama meninggalkan reaksinya menerusi posting berkenaan.
Bukan kali pertama kontroversi berlaku, netizen menasihatkan agar keluarga usahawan ini agar berhati-hati memuat naik sesuatu posting di media sosial, bimbang ia disalah ertikan.
Foto : Instagram Datin Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.