Baru-baru ini penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Tok Ti telah berkongsi gambar anaknya, Siti Aafiyah memakai tudung kanak-kanak.
“Anak bertuah ibu ni laaaaa… #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh” tulisnya.
Dilihat menyuakan gayung berisi air dan sebekas makanan kucing, Izzue Islam dan isteri memberi makan anjing yang sedang berehat di bawah kenderaan di depan rumah mereka.
Walaupun takut, namun dek kerana kasihan melihat haiwan yang sedang kelaparan itu, pasangan ini memberanikan diri mendekatinya.
“Cuaca skng panas, dugaan bukan untuk kita je, tapi seluruh makhluk alam.”
“Kita pun takut masalahnya.
“I rasa dia tak sakit, dia cuma kehausan dan kepanasan. Tadi I angkat barang dekat bonet tapi tak perasan pun dia.”
Pelakon kacak ini turut berdialog dengan anjing tersebut dan memanggilnya dengan panggilan Adik.
“Dik habiskan dik. Dalam bekas tu air tau dik.
“Dia macam lapar sangat. Makanan kucing pun dia habiskan macam tu je.”
Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie sudah pun bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Apit Johari.
Difahamkan, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu dan memilih persalinan serba putih sebagai rona tema.
Malah, bintang insta yang sinonim dengan reviu produk makanan ini turut berkongsi beberapa keping gambar dan video sekitar di Instagram.
Penyanyi Daiyan Trisha telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyayi dan pelakon itu telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya dimana dia telah memiliki rumah pertamanya pada usia 25 tahun.
“i bought my first house at age 25! sorry if i got a little emotional in the video but i just couldn’t contain my emotions.”
“i’ve been wanting to buy my own place since i was 23 but they thought i was too young. worked hard ever since and i finally secured a great place last year in my favourite area.”
“last friday, i collected the keys. alhamdulillah. i’m so happy i get to share this with u guys and i’m beyond excited to start turning this house into my dream home.”
“thank u for being with me every step of the way. i love u.” tulisnya.
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...