[GAMBAR] Tema Putih Bersih, Black Rai Majlis 2 Dalam 1, Sambut Hari Jadi Anak Sulung & Majlis Akikah Anak Kedua

Share

Penyanyi bersuara lunak,Black Hanifah telah meraikan dua majlis dalam satu masa yang sama bersama isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi.

Bertemakan warna putih lembut, majlis sederhana tetapi meriah itu diraikan sekali bersempena ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Khaleef Dayyan. 

Malah turut dilakukan majlis aqiqah anak keduanya, Rindu Dayyana pada masa sama.

Foto sekitar turut dimuat naik bintang kelahiran Mentor itu menerusi Instagram. 

Turut hadir bersama adalah rakan selebriti terdekat. 

Untuk rekod, Black dan Cira berkahwin pada September 2013 dan dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan,4 tahun dan Rindu Dayyana, 3 bulan. 

Foto : IG Black 

IKLAN