Alahai comelnya! Itulah perkataan yang keluar dari mulut MH bila pertama kali melihat wajah anak kembar kepada pengacara, Farahanim Razak yang dikongsikan olehnya menerusi akaun Instagram semalam.

Kalau sebelum ini Farahanim belum pernah berkongsi wajah anak-anaknya namun semalam buat pertama kalinya dia telah berkongsi dengan peminat-peminatnya wajah bayi kembar yang diberi nama, Amina Raissa dan Amira Raissa.

Aduh nama pun sedap, memang sepadan nama dengan kecomelan mereka. Jom MH kongsikan dengan korang wajah comel Amina dan Amira.

IKLAN

Subhanallah indah sungguh ciptaan ALLAH SWT kan. Tenang betul hati MH melihatkan kecomelan mereka. Para peminat dan pengikut Farahanim juga tidak putus-putus meninggalkan komen teruja melihat Amina dan Amira.

IKLAN

butik_aidijumaonie: Masya Allah comeynya anim….

aimienadzirah_malik: muka mummy sangatt ???? subhaAllah cantikkkk macam mamanya ???

hana.ayop: Serius comel giler! Cantik mcm mommy dia jugak ??

IKLAN

babyhauz_shoppe: Rasa nak tgk hri2.. comelnya Ya Allah

sulaimashikin: Subhanallah cantik sangat ni, moga akhlakmu nnti pun secantik wajahmu ya amina dan amira ?

MH doakan Amina dan Amira membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu dan bapa.

Sumber: Instagram Farahanim Razak & Instagran Newborn.by.Takara

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI