Syukur, kebelakangan ini semakin ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara kekal.

Perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat, malah penampilan yang kini bertudung dan menutup aurat sekali gus membuatkan diri mereka tampak lebih ayu.

Jadi, ini dia barisan selebriti yang tampil mengenakan hijab setakat September ini.

Ernie Zakri

Mac lalu, penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial.

Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.

Bagaimanapun, niat tersebut kian kuat selepas seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19.

Kilafairy

Mengambil keberkatan Syawal, penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun.

IKLAN

Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.

Lebih menyentuh emosi, Kilafairy ada memuat naik video yang merakamkan aksi spontan bapa, saat mengenai dirinya sudah pun kekal bertudung.

View this post on Instagram

It is time for us to be real with our lives and to be real about what we want in our lives. I’ll be honest here..⠀ ⠀ With so many things happening in the world today we are spoilt for choice and sometimes our decisions aren’t the best. That’s valuable time and money wasted. It upsets me to see brands being dishonest with their product. ⠀ ⠀ With KILAFIT we are absolutely transparent with our product and what goes into making KILAFIT. Our main goal is to make you look and feel great. ⠀ ⠀ Spend once with KILAFIT and you’ll see the difference. A one time investment for a lifetime of happiness 🤍⠀ ⠀ Comment below “I want happiness”⠀ ⠀ #KILAFIT⠀ #WeAreWorthIt⠀ #KILAFITMALAYSIA⠀

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Cik Manggis

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.

Pelakon yang juga penyanyi bersama-sama kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

IKLAN

Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.

Tash Yong

Pelakon dan penyanyi, Tash Yong juga ambil keputusan dengan berhijab kini sejak Aidiladha lalu.

Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli menjelaskan, dia bertudung kerana Allah SWT dan meminta ramai mendoakannya agar terus istiqamah.

IKLAN

Fathia Latiff

Tahun ini, pelakon dan penyanyi, Fathia turut meminta doa ramai selepas kembali mengenakan tudung.

Tahun lalu, bintang ini menjadi perhatian ramai selepas bertindak membuka tudung selepas berhijab kira-kira empat tahun sebelum ini.

Malah, dia juga dilihat telah memadam semua fitinya yang tidak memakai tudung di laman Instagram.

Hannah Delisha

Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”

Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI