[GAMBAR] “So Sweet Both Of You,”- Erin Malek Kongsi Foto Percutian Di Shanghai, Mesra Sakan Satu Famili!

Share

Pelakon Erin Malek atau nama sebenar Nur Arina Abdul Malek telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu telah berkongsi gambar percutian dia bersama keluarganya di Shanghai, China.

“Disneyland Shanghai checked #ourhappyplace”tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Erin ternyata telah mendapat perhatian peminat kerana kelihatan begitu ceria dan gembira bersama.

Malah, pelakon yang berusia 25 tahun itu telah menerima pujian daripada peminat apabila melihat kemesraannya bersama keluarga.

Terdahulu, Erin telah mendirikan rumah tangga bersama Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Mohamed Faliq, 3 tahun dan Nur Aisha, 2 tahun.

Foto : Instagram Erin Malek

IKLAN