[GAMBAR] “She’s Back After 9 Years!” – Janet Jackson Kekal Energetik Meski Beranak Satu, Bergelar Janda Kepada Jutawan Qatar!

Anugerah Billboard Music Awards 2018 (BBMA2018) yang berlangsung dari MGM Grand Garden Arena in Las Vegas, Amerika Syarikat Ahad lalu (waktu tempatan) menjadi saksi buat para peminat bintang Pop, Janet Jackson yang kembali beraksi di atas sebuah pentas skala mega secara langsung.

Persembahan memukau menerusi single hitsnya pada tahun 1986, Nasty itu merupakan penampilan pertamanya di televisyen secara langsung dan yang pertama sejak dirinya bergelar ibu!

IKLAN

Selain membuat persembahan yang turut mendapat pujian ramai, adik kepada mendiang Michael Jackson ini juga turut menerima anugerah tertinggi pada malam anugerah muzik tahunan itu, iaitu Anugerah Ikon BBMA 2018.

Terdahulu, Janet mendirikan rumah tangga ahli perniagaan dan billionaire Qatar, Wissam Al Mana pada 2012 sebelum bercerai pada April 2017. Mereka di kurniakan seorang anak lelaki diberi nama Eissa.

Foto: Carian Google

IKLAN