[GAMBAR] Semuanya Dalam Warna Merah Jambu, Ini Foto Menarik Sekitar Kejutan Hari Jadi Nora Danish Yang Ke-37!

Share

Pelakon dan usahawan, Nora Danish telah pun menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-37 semalam, meski sudah pun mendapat kejutan hari jadi dari suaminya tersayang, namun Nora turut terharu dengan kejutan yang turut diberikan ahli keluarganya.

Bertemakan merah jambu, sambutan hari jadi pelakon filem Bencinta itu cukup meriah dengan dihadiri rakan terdekat dan ahli keluarganya yang lain.

“They surprised me !!! Thank u Mama & sisters for this. I love u guys !!! ? I’m so touched & speechless & shy! Hahaha. Love the deco sisters, the food , the cupcakes, cookies,” tulisnya menerusi salah satu entri foto sambutan yang dikongsi menerusi Instagram.

Apa pun, ini dia antara momen sekitar majlisnya.

Terdahulu, Nora mendirkan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan mereka kemudiannya dikurniakan putera sulung, Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora turut mempunyai seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram. Sementara Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.

Happy birthday Nora Danish!

Foto: Instagram Nora Danish

IKLAN