Pelakon dan usahawan, Nora Danish telah pun menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-37 semalam, meski sudah pun mendapat kejutan hari jadi dari suaminya tersayang, namun Nora turut terharu dengan kejutan yang turut diberikan ahli keluarganya.
Bertemakan merah jambu, sambutan hari jadi pelakon filem Bencinta itu cukup meriah dengan dihadiri rakan terdekat dan ahli keluarganya yang lain.
“They surprised me !!! Thank u Mama & sisters for this. I love u guys !!! ? I’m so touched & speechless & shy! Hahaha. Love the deco sisters, the food , the cupcakes, cookies,” tulisnya menerusi salah satu entri foto sambutan yang dikongsi menerusi Instagram.
Terdahulu, Nora mendirkan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan mereka kemudiannya dikurniakan putera sulung, Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.
Ads
Menerusi perkahwinan pertama, Nora turut mempunyai seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram. Sementara Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
Happy birthday Nora Danish!
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi 10 individu terkaya di Malaysia yang majoriti terdiri daripada bangsa Cina, Datin Rebecca Nur Al Islam bertanya, di mana kedudukan orang Melayu?
Lalu ulasnya, bangsa Melayu harus jauh dari pada hasad dengki dan jangan bermusuhan sesama sendiri.
“Sedih Kan,Di Mana Kah Orang Melayu??? Wahai Orang Orang Melayu,Lets BerSatu!!!Jangan Ada Hasad Dengki Sesama Melayu!!! Jangan Mudah BerMusuhan Sesama Bangsa Sendiri!!!…
“Semoga Allah SWT Sentiasa Melindungi Orang Orang Melayu Dan Agama Islam…
“Saya Sayang Malaysia ?? I’m so Proud to be Malaysian.”
Menyokong petikan foto yang diambil daripada Sinar Harian, ulas netizen, bangsa Melayu lebih gemar menunggu peluang daripada merebut apa yang di depan mata.
Apa yang penting, kita harus seimbangkan segalanya supaya kaya dunia akhirat.
Foto – Instagram Rebecca Nur Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zara Zya telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Mengejutkan, pelakon yang berusia 33 tahun itu telah berkongsi gambar dia bersama kucing peliharaannya bernama Beshetik yang kelihatan sangat besar dan gemuk.
Remaja merupakan umur yang getir dalam menentukan hala tuju hidup.
Atas sebab itulah, Abby Abadi ada menitipkan pesanan bermakna buat anak gadisnya, Marissa Dania agar bijak memilih kawan.
Ulas Abby, kawan yang baik akan mempengaruhi hidup kita dalam suasana positif, namun kawan yang tidak baik pula sebaliknya.
“Cantik lawa manis Mama @marissadaniaaaaa_ Dah besar. Dah 14tahun umurnya. Dah suka melawa
“Mama takde masalah utk itu semua. Asalkan selalu beringat. Apa nk buatpun. Biar berpada2 ye sayang. Umur mcm ni. Memang dah patut pilih kawan.
“Kawan2 yg positif & tak merosakkan. Dengan pengaruh yg bukan2. Sebab kita manusia ni. Anak pada suasana ye anakku. Kawan kita baik, baiklah kita. Kalau sebaliknya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi juga.
“Pernah dengar tak hadis ni, Saidina Umar al Khattab r.a berkata, “Nikmat paling besar selepas Iman dan ISLAM adalah sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kasih sayang antara dia dengan kamu, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.”
“Sahabat yang baik umpama penjual minyak wangi, biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya. Sebaliknya, sahabat yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau hangitnya” (HR. Muslim)
“(Agama) Seseorang itu adalah sama seperti (mengikuti) agama sahabat karibnya, maka perhatikan dengan siapa kalian bersahabat.” (HR. Abu Dawud).”
Ulasnya lagi, gunakan akal fikiran sebelum melakukan apa-apa, kerana akan mendatangkan kesal jika tersalah laku.
“Sebab tu Mama kata begini. Harap Adik faham & selalulah beringat dalam setiap tindakan. Berfikir dulu nak buat apa2pun. Terutama bila diajak kawan2. Nanti bila buat benda tak elok, kawan2 busuk semua tentu nak melepaskan diri.
“Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian dah tak berguna lagi ok adik sayang.
“Ps: Semat dalam hati pesan Mama ni tau. Cari kawan2 yg wangi ok. Love U Lillah, Mama (26/3/19- Redang.”
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...