Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah meraikan hari jadi anak perempuannya,Sophea Isabella atau mesra disapa Bella yang ke-8 tahun semalam.
Malah, Dr Sheikh Muszaphar tampil dengan imej animasi, Aladdin bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Turut sama meraikan ialah ahli keluarganya yang lain.
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
Pelakon dan hos, Siti Elizad Sharifuddin mengakui meninggalkan rutin cantiknya secara klinikal sementara waktu bagi memberi ruang buatnya dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Malah katanya kepada MH, dia dan suami juga ada terfikir untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
“Saya dah tak lalukan apa-apa rutin rawatan kecantikan kira-kira sejak setahun lalu. Sebabnya bimbang ia boleh mengganggu usaha.
“Namun jujurnya saya baru saja terfikir untuk melakukan kaedah IVF, cuma saya lebih selesa untuk bertanya pakar terlebih dulu sebelum melakukan kaedah tersebut.
“Akan tetapi, saya jarang untuk kongsi apa yang kami cuba usahakan sebabnya tak kanlah saya nak cerita dari A hingga Z. Sebenarnya tiap tahun saya cuba tetapi saya sangat terbuka untuk bercerita kalau ada yang tanya.
“Tak kisah untuk berkongsi kerana saya ibaratnya mewakili wanita di luar yang senasib positif dan tak sedih,” kongsi Elizad yang pada masa sama turut melakukan kaedah rawatan tradisonal.
Cumanya untuk tempoh sekarang, dia lebih selesa untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang pakar.
“Saya pun pergi berurut juga. Semua tempat yang ada tawarkan perkhidmatan sedemikian, saya cuba untuk pergi. Cuma sekarang saya dapatkan nasihat doktor.
“Perlu bermula dari bawah dan dia ada sarab untuk mendapatkan ubat kesuburan terlebih dulu.
“Tapi kalau saya buat (IVF), saya akan kongsikan pada semua. Saya akan bagi tahu sebab saya nak wanita yang sama kisahnya dengan saya dapat manfaat dan informasi. Begitu juga dari segi harganya,” akhirinya lagi.
Elizad, 34, telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena sambutan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment (RFE) tampil memeriahkan musim perayaan dengan memperkenalkan tujuh lagu raya baharu yang hadir dengan pelbagai warna muzik, emosi dan penceritaan.