[GAMBAR] “Semoga Jadi Anak Solehah, Taat…,”- Ucapan Stacy Buat Anak, Ini Foto Sekitar Majlis Hari Jadinya

Share

Beberapa hari lalu, pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy ada meraikan ulang tahun anak angkat mereka, Bella Valentina yang kini sudah pun mencecah usia 7 tahun.

Meski sudah pun mempunyai seorang cahaya mata sendiri, namun si cilik yang sinonim dipanggil Bella itu sudah pun sekian lama dijaga Stacy sejak dia mendirikan rumah tangga lagi.

Menerusi salah satu entri di Instagram, penyanyi Cakap Ke Tangan ini turut memberi  dedikasi istimewa bersempana ulang tahun kelahiran anaknya itu.

“Happy belated Birthday Bella Deluna Afiq Hakim. Mami Dady and Eshaal loveee u so much!! Sudah masuk 7 tahun ni makin berani mencuba dan kurang sikit sudah tu malu2 walau gigi depan belum tumbuh habis.

“Yang penting yakin dia blg si bey. X rugi U belajar ikut dance di tv selama ni bey. Thank you Uncle @wadiridhzuwan and the geng @freakshow.crew @teamsquadmy sebab dapat bagi beyya rasa Cinggg jadi jenny blackpink semalam.

“Semoga menjadi anak yang solehah,taat kepada mami dady dan semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya Aminnn…Terima kasih kepada semua yang terlibat semalam,” tulisnya.

Ini dia sekitar majlis ulang tahun hari jadi anak mereka yang cukup meriah!

Foto: Instagram Stacy/Beyshal

IKLAN